Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Memacu Ekosistem Modal Teroka Malaysia

Jelawang Capital ialah sebuah national fund-of-funds Khazanah di bawah Dana Impak yang ditubuhkan untuk membangunkan ekosistem modal teroka Malaysia melalui pelaksanaan pelaburan dan kerjasama pengurus dana.

Ia menyalurkan modal kepada syarikat pemula yang berpotensi tinggi dengan menyokong rakan kongsi am yang berkeupayaan, di samping memperkukuh keseluruhan ekosistem melalui akses yang lebih baik kepada pendanaan, kepakaran dan rangkaian.

Jelawang Capital beroperasi melalui dua inisiatif teras.

Program  Pengurus Dana Baharu Muncul (EMP) membangunkan firma-firma modal teroka tempatan dengan mengukuhkan keupayaan, tadbir urus dan rekod prestasi mereka. Inisiatif Pengurus Dana Serantau (RMI) pula menarik pengurus dana antarabangsa yang berpengalaman, membawa modal, kepakaran dan rangkaian global ke Malaysia.

Menerusi pendekatan ini, Jelawang Capital menyokong pertumbuhan syarikat pemula, menggalakkan inovasi dan menyumbang kepada pembangunan  ekosistem modal teroka yang lebih saling berhubung dan berdaya saing.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Read more

What are you looking for