Wong Wai Seng menyertai Khazanah pada Ogos 2011. Beliau bertanggungjawab terhadap keseluruhan strategi korporat, peruntukan aset strategik, perancangan strategik dan pengurusan prestasi bagi memenuhi mandat serta mencapai matlamat jangka panjang Khazanah.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dengan pengkhususan dalam kewangan dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Thunderbird School of Global Management sebagai penerima biasiswa Fulbright serta Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan dari Stanford Graduate School of Business sebagai Felo Sloan. Wai Seng merupakan Felo Akauntan Pengurusan Bertauliah (“FCMA”).
