Reagan Chan menyertai Khazanah pada Jun 2012. Beliau kini mengetuai portfolio Greater Johor secara keseluruhan, di mana sebelum ini beliau mengendalikan portfolio Khazanah merangkumi Aset Nyata, Iskandar Malaysia dan Teknologi.
Sebelum menyertai Khazanah, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah firma ekuiti swasta (“PE”) serantau, dengan tumpuan utama dalam sektor teknologi dan pengguna di Malaysia dan China. Reagan kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah UEM Sunrise Berhad dan Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari (Kepujian Kelas Pertama) daripada London School of Economics and Political Science dan pemegang piagam Chartered Financial Analyst (“CFA”).