Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Faris Jamal

Ketua Bersama, Pasaran Awam

Faris menyertai Khazanah pada Jun 2019 sebagai sebahagian daripada pasukan Pengurusan Risiko Portfolio di bawah Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan (“GRC”), sebelum menyertai pasukan Pelaburan Pasaran Awam pada tahun 2021. Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Bersama Pasaran Awam, bertanggungjawab merangka strategi dan kerangka pelaburan dari sudut pandang makro merentasi spektrum aktif-pasif, gaya ekuiti, rantau serta sektor.

Sebelum menyertai Khazanah, beliau telah berkhidmat di ValueCAP, CIMB dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”). Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Sains Aktuari daripada University of Southampton, dan memiliki sijil profesional Certificate in Investment Performance Measurement (“CIPM”) serta Pengurusan Risiko Kewangan (“FRM”).

What are you looking for