Dato’ Mohamed Nasri Sallehuddin menyertai Khazanah pada September 2009. Sebelum ini, beliau merupakan rakan kongsi di salah sebuah firma guaman terkemuka di Malaysia, dengan pengkhususan dalam khidmat nasihat perundangan korporat dan penstrukturan semula korporat, pengambilalihan serta penggabungan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) daripada Universiti of Wales, Aberystwyth, United Kingdom pada tahun 1993. Beliau mengambil peperiksaan barnya pada tahun 1994 dan diterima masuk ke Gray’s Inn sebagai barrister-at-law pada tahun 1995. Setelah menamatkan latihan guaman, beliau diterima masuk ke Mahkamah Tinggi Malaya sebagai peguam bela dan peguam cara pada tahun 1996. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti of Strathclyde, United Kingdom.