Khazanah tingkat pegangan saham dalam EDOTCO bagi menyokong pertumbuhan infrastruktur…

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir

Pengarah Urusan

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir dilantik sebagai Pengarah Urusan Khazanah berkuat kuasa pada 16 Julai 2021. Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malayan Banking Berhad (“Maybank”) sejak Julai 2016, selepas berkhidmat sebagai Ketua Perbankan Global Kumpulan Maybank dari Oktober 2014 hingga Jun 2016. Sebelum menyertai Maybank, beliau menyertai Permodalan Nasional Berhad pada tahun 2010 sebagai Naib Presiden Eksekutif Projek Khas dan dipinjamkan ke Chemical Company of Malaysia Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam, sebagai Pengarah Urusan Kumpulan.  

Pada tahun 2008, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan merangkap Ketua Perbankan Pelaburan Maybank Investment Bank, dengan tanggungjawab menyelia Bahagian Perbankan Pelaburan, Kewangan Korporat, Pasaran Modal Ekuiti dan Ekuiti Persendirian. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif BinaFikir Sdn Bhd dari tahun 2004 hingga 2008. 

Beliau kini merupakan Pengerusi Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Iskandar Investment Berhad, Yayasan Khazanah dan Amanah Warisan Negara (“AWAN”). Beliau turut menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hasanah dan Khazanah Research Institute. Selain itu, beliau merupakan Pengarah Malaysia Aviation Group Berhad dan Malaysia Airlines Berhad, serta Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. 

Beliau merupakan Felo Institute of Chartered Accountants in England and Wales, ahli Institut Akauntan Malaysia serta Felo Jurubank Bertauliah Asian Institute of Chartered Bankers. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics and Political Science, United Kingdom, serta telah menamatkan Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School. 

What are you looking for