Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir

Pengarah Urusan dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Khazanah berkuat kuasa pada 16 Julai 2021. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Malayan Banking Berhad (“Maybank”) sejak Julai 2016, dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Kumpulan, Perbankan Global Maybank dari Oktober 2014 hingga Jun 2016.

Sebelum menyertai Maybank, beliau menyertai Permodalan Nasional Berhad pada tahun 2010 sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi Projek Khas dan kemudiannya dipinjamkan ke Chemical Company of Malaysia Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam, sebagai Pengarah Urusan Kumpulan.

Pada tahun 2008, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan di Maybank Investment Bank, bertanggungjawab terhadap bahagian Perbankan Pelaburan, Kewangan Korporat, Pasaran Modal Ekuiti dan Ekuiti Swasta. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif di BinaFikir Sdn Bhd dari tahun 2004 hingga 2008.

Beliau kini merupakan Pengerusi Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Iskandar Investment Berhad, M+S Pte Ltd, Marina South Investment Pte Ltd, Yayasan Khazanah dan Amanah Warisan Negara (“AWAN”). Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hasanah dan Institut Penyelidikan Khazanah.

Selain itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah di Malaysia Aviation Group Berhad dan Malaysia Airlines Berhad, serta merupakan Ahli Pihak Berkuasa bagi Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. Dato’ Amirul Feisal adalah Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales, ahli Institut Akauntan Malaysia dan Felo Jurubank Bertauliah dengan Asian Institute of Chartered Bankers.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi, dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics & Political Science, United Kingdom, serta telah menamatkan Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School.

What are you looking for