Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah…

Khazanah dan INCJ Umum Urusniaga Strategik dalam EDOTCO Group

Share this on

Khazanah dan Innovation Network Corporation of Japan (“INCJ”) mengumumkan bahawa Khazanah akan memperoleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO, mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan Jepun. 

INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan Khazanah menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada tahun 2017 serta menghargai kerjasama sepanjang tempoh ini. 

Urus niaga ini mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Jepun untuk memupuk perkongsian strategik. Ia juga mengukuhkan komitmen Khazanah untuk memacu agenda pelaburan domestik dalam ruang infrastruktur digital, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

Khazanah tetap komited kepada pertumbuhan dan kejayaan EDOTCO, mengesahkan keyakinan terhadap asas kukuh dan potensi masa depannya. 

Berita Terkini

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah…

Dana Impak oleh Khazanah Membina Momentum dengan Pelaburan RM2.6 Bilion…

Khazanah Menyatakan Kemajuan dan Tadbir Urus yang Kukuh pada Mesyuarat…

What are you looking for