Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad berkenaan Belanjawan Malaysia MADANI 2026

Share this on

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2025 – Khazanah menyambut baik dan menyokong sepenuhnya Belanjawan Malaysia MADANI 2026 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat.” 

Belanjawan ini mencerminkan komitmen terhadap usaha pemulihan negara, reformasi institusi dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif – nilai-nilai yang sejajar dengan mandat Khazanah dalam Memajukan Malaysia. Berpandukan disiplin fiskal, tadbir urus yang kukuh dan pelaburan strategik dalam sektor bernilai tinggi, Kerajaan sedang membina asas yang kukuh ke arah ekonomi yang lebih berdaya saing, mampan dan inklusif. Khazanah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan dan rakan-rakan strategik di bawah Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk menterjemahkan keutamaan ini kepada nilai jangka panjang buat negara. 

Melalui Dana Impak dan Jelawang Capital, kami melabur untuk memperluas peluang, membina keupayaan dan memupuk ekosistem inovasi Malaysia. Program Syarikat Peringkat Pertengahan Khazanah akan menyediakan pembiayaan sehingga RM250 juta bagi membantu syarikat bersaiz sederhana untuk berkembang dan meningkatkan daya saing dalam rantaian nilai. 

Khazanah terus menyokong agenda pelaburan strategik Kerajaan dalam bidang keutamaan seperti semikonduktor, peralihan tenaga dan nadir bumi. Dalam sektor semikonduktor, kami terus menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dan rakan kongsi multinasional. Bersama GLIC lain, usaha ini mencerminkan dorongan kolektif untuk memperkukuh pelaburan domestik di bawah inisiatif GEAR-uP. Melengkapkan usaha ini, program K-Youth memperuntukkan RM200 juta untuk menyediakan latihan berasaskan kerja kepada 11,000 rakyat Malaysia dalam sektor bernilai tinggi, melengkapkan bakat tempatan untuk industri masa hadapan. 

Khazanah turut menyokong inisiatif memperkukuh hubungan antarabangsa Malaysia. Pemerkasaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan meningkatkan kesalinghubungan udara dan menarik pelaburan, sekali gus memperkukuh sektor penerbangan dan pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Selain itu, kami menyambut baik inisiatif berterusan di bawah Warisan KL, yang akan terus menggiatkan semula warisan ibu kota dan mentakrifkan semula peranannya sebagai hab budaya dan ekonomi. Khazanah melabur sebanyak RM600 juta dalam usaha pemuliharaan Carcosa dan Seri Negara, serta enam blok bangunan dalam Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur – tapak warisan yang menghubungkan sejarah Malaysia dengan masa depan yang kreatif dan progresif. 

Belanjawan 2026 mencerminkan usaha dan komitmen bersama untuk memperkukuh asas negara, membina landasan ke arah Malaysia yang berdaya tahan, inklusif dan bersedia menghadapi masa depan. Khazanah kekal teguh dalam komitmen kami untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan dan rakan-rakan strategik bagi menterjemahkan keutamaan negara kepada kemajuan sebenar buat rakyat Malaysia. 

Recent News

Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah Terajui Perintis Sukuk yang Ditokenkan Pertama di Malaysia dengan…

Penipu Menyalahgunakan Nama Khazanah untuk Memperdaya Orang Ramai Sertai Skim…

What are you looking for