Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Goh Ching Yin

Pengarah, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EXCO), Ahli Jawatankuasa Audit & Risiko (ARC) dan Ahli Jawatankuasa Penamaan & Ganjaran (NRC)

Goh Ching Yin dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah pada 31 Julai 2018. Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif Pejabat Pengerusi, Strategi & Pembangunan dan Pemantauan Pasaran di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Southern Investment Bank, Pengarah Urusan, Kewangan Korporat di BNP Paribas Group dan Ketua Perwakilan BNP Peregrine Sdn Bhd. Beliau juga pernah berkhidmat di RHB Sakura Merchant Bankers Berhad, Renong Group dan Price Waterhouse Associates.

Beliau kini merupakan Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Maybank Asset Management Singapore Pte Ltd dan Maybank Securities Pte Ltd. Beliau juga menganggotai Lembaga Pengarah Maybank Asset Management Group Berhad, Allianz Malaysia Berhad dan Shangri-La Hotels (Malaysia) Berhad.

Beliau memiliki MBA daripada Cranfield University, United Kingdom.

What are you looking for