Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Spekulasi mengenai penyusunan semula MAS 

Share this on

Kami merujuk kepada laporan media mengenai penstrukturan semula Malaysian Airline System Berhad (“MAS”), baru-baru ini. 

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) ingin menyatakan bahawa laporan media berkaitan penggabungan MAS dan AirAsia X Berhad adalah tidak berasas dan spekulatif. 

Kami juga ingin mengingatkan serta menggesa semua pihak supaya tidak membuat spekulasi mengenai penyusunan semula MAS, termasuk berkaitan penggabungan, penyah-senaraian serta sebarang penyelesaian penyusunan semula yang lain. 

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, kajian semula berkaitan semua pilihan penyusunan semula kini sedang dijalankan dan dinilai. 

Keputusan berkaitan kajian semula ini akan dilakukan selepas pertimbangan yang sewajarnya dibuat serta selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan termasuk daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan Diperbadankan. Hasilnya akan diumumkan dalam tempoh masa yang telah dinyatakan sebelum ini. 

Recent News

Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah Terajui Perintis Sukuk yang Ditokenkan Pertama di Malaysia dengan…

Penipu Menyalahgunakan Nama Khazanah untuk Memperdaya Orang Ramai Sertai Skim…

What are you looking for