Khazanah Menyatakan Kemajuan dan Tadbir Urus yang Kukuh pada Mesyuarat…

Khazanah Menyatakan Kemajuan dan Tadbir Urus yang Kukuh pada Mesyuarat Lembaga Pengarah Suku Ketiga 2026

Share this on

Perdana Menteri Hargai Pendekatan Proaktif Khazanah serta Komitmen terhadap Piawaian Tadbir Urus dan Ketelusan yang Tinggi

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2026 – Khazanah Nasional telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarahnya yang ketiga bagi tahun 2026 pada hari ini, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Dalam mesyuarat tersebut, pengurusan Khazanah telah memberikan taklimat kepada Lembaga Pengarah mengenai, antara lain, usaha meningkatkan nilai pelaburannya melalui peranannya sebagai pemegang saham aktif, membina portfolio yang lebih berdaya tahan serta memperkukuh amalan tadbir urus di seluruh syarikat pelaburannya. Meskipun berdepan persekitaran makroekonomi yang mencabar, pulangan jangka panjang Khazanah terus mengatasi sasaran yang ditetapkan.

Selain itu, selaras dengan program GEAR-uP oleh Kementerian Kewangan, Khazanah kekal komited terhadap pelaburan langsung domestik berteraskan empat tonggaknya, iaitu Transformasi Syarikat, Peralihan Tenaga, Ketersambungan dan Pendigitalan. Lembaga Pengarah turut menerima perkembangan terkini mengenai usaha Khazanah dalam mencipta nilai kemasyarakatan menerusi inisiatif pembangunan kapasiti dan komuniti, seperti program K-Youth serta usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Yayasan Hasanah.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Khazanah, berkata, “Saya hargai pengurusan Khazanah atas pendekatan proaktif dan teliti serta menjunjung piawaian tadbir urus yang tinggi.”

Selaras dengan piawaian tadbir urusnya, Khazanah turut membangkitkan dalam mesyuarat tersebut isu-isu legasi yang perlu diselesaikan, khususnya berkaitan Xeraya Capital, anak syarikat milik penuh Khazanah yang ditubuhkan pada tahun 2012 bagi mengurus pelaburan Khazanah dalam sektor sains hayat. Pada Julai 2026, Lembaga Pengarah Xeraya, dalam melaksanakan tanggungjawab pengawasan tadbir urusnya, telah mengenal pasti ketidakaturan dalam dokumentasi berkaitan urus niaga terdahulu yang memerlukan semakan lanjut.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, “Setelah Lembaga Pengarah dimaklumkan mengenai perkara tersebut, saya telah mengarahkan pengurusan Khazanah untuk memulakan siasatan forensik mengikut piawaian tertinggi tadbir urus dan proses sewajarnya serta, jika perlu, melibatkan pihak berkuasa yang berkaitan.”

Pada akhir mesyuarat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, “Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai oleh Khazanah dan pasukan pengurusannya. Saya mahu menggalakkan mereka agar terus berusaha Memajukan Malaysia dengan Meningkatkan Siling dan Menaikkan Lantai, sambil Menegakkan Tadbir Urus yang Baik, selaras dengan prinsip Ekonomi MADANI.”

TAMAT

Berita Terkini

Khazanah Menamakan Umar Sharif dan Fauzan Fuad sebagai penerima Program…

Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah Terajui Perintis Sukuk yang Ditokenkan Pertama di Malaysia dengan…

What are you looking for