Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Kayse Foo

Ketua, Dana Impak

Kayse Foo kembali menyertai Khazanah pada 2022 dan kini merupakan Ketua Dana Impak. Sebelum kembali ke Khazanah, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Antarabangsa di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari 2019 hingga 2021, di mana beliau menerajui strategi portfolio antarabangsa TNB, penstrukturan semula serta pengembangan portfolio tenaga boleh diperbaharui. Beliau mula menyertai Khazanah pada 2006 dan menguruskan pelaburan merentas sektor penerbangan, lapangan terbang, hartanah, rekreasi dan pelancongan serta infrastruktur, selain pelaburan di Vietnam. Sebelum itu, beliau memulakan kerjaya di EY dan PwC. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat, serta Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan dan Kewangan) dari Monash University, Australia.

What are you looking for