Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah Terajui Perintis Sukuk yang Ditokenkan Pertama di Malaysia dengan Kerjasama SC

Share this on

Kerjasama ini menjadi asas ke arah pasaran modal negara yang lebih cekap, telus dan berdaya saing

 KUALA LUMPUR, 28 April 2026 – Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), dengankerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”), telah berjaya melaksanakanpenetapan harga bagi sukuk yang ditokenkan pertama di Malaysiadengan nilainominal RM100 juta, sekaligus menjadi langkah penting ke arah penggunaanteknologi digital dalam menyokong pembangunan pasaran modalMalaysia.

Sukuk atau bon yang ditokenkan merujuk kepada produk pasaran modal yangdiwujudkan dalam bentuk digitaldengan menggunakanTeknologi Lejar Teragih(“Distributed Ledger Technology/ DLT”). Melalui tokenisasi, produk pasaran modalakan mempunyai rekod digital atau “kembar digital” tersendiri yang dilindungi secarakriptografi dan bersifat tidak boleh diubah suai.

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhadberkata, “Sebagai dana kekayaan berdaulat negara, peranan Khazanah bukansekadar menjana pulangan, tetapi jugamenyokong pembangunan pasaran modaldomestik. Sukuk yang ditokenkan ini, dengan hasil kerjasama SC, mencerminkanperanan tersebut melalui usaha praktikal dalam meneroka keupayaan teknologidigital untuk menambah baik penerbitan dan pengurusan instrumen pasaran modal.”

“Dengan kedudukan Khazanah dalam pasaran serta kepimpinan pengawalseliaanoleh SC, kami berjaya menguji pelaksanaan ini secara terkawal dan berhemah.Inisiatif yang kami lakukan ini bukan sekadar untuk memperkenalkan produk barusemata-mata, tetapi juga untukmembina asas ke arah pasaran modal yang lebihcekap dan telus dalam jangka masa panjang.”

“Khazanah kekal komited untuk memajukan pasaran modal Malaysia secarabermatlamat, beretika dan bertanggungjawab. Pelaksanaan perintis ini merupakanlangkah penting dalam membina keupayaan, keyakinan dan ekosistem yangdiperlukan, di samping memastikan inovasi ini disokong oleh tadbir urus yang kukuh,selaras dengan rangka kerja sedia ada, dan memberikan manfaat yangberpanjangan kepada negara.”

Dato’ Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi SC berkata, “Usaha bersama ini akanmentakrif semula landskap pasaran modal, di mana ia mencerminkan kesediaanMalaysia untuk menerajuiera kewangan digital, sekali gus mengukuhkan kedudukannegara sebagai penanda aras global dalam inovasi kewangan Islam. Pelaksanaanperintisini juga sejajar dengan hala tuju Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030untuk terus memperkukuh pasaran bon dan sukuk melalui inovasi, peningkatanketerhubungan pasaran dan kecekapan pelaksanaan.”

“Tokenisasi berpotensi meningkatkan ketelusan, memperluas penyertaan danmenyokong pasaran yang lebih dinamik. Inisiatif seperti ini membolehkan kamimenguji potensi tersebut secara terkawal dan berhemah. Melalui kerjasama rapatdengan peserta pasaran, kami sedang membina asas kawal selia dan pasaran bagifasa pembangunan seterusnya,” tambah beliau.

Penerbitan ini merupakan sebahagian daripada Program Sukuk Danum, iaituprogram Nota Jangka Sederhana Islam (“Islamic Medium-Term Notes / IMTN”)dengan nilai nominal sehingga RM20.0 bilion. Terbitan sulung inimempunyai tempohmatang satu tahun dan distrukturkan berdasarkan prinsip Syariah Wakalah bi al-Istithmar.

Dengan menggabungkan aset patuh Syariah bersama DLT, inisiatif ini bertujuanuntuk meningkatkan kebolehcapaian, kecekapan dan ketelusan dalam pasaranmodal, di samping membenarkan akses kepada maklumatsecara berterusan (24jam) kepada pemegang taruh yang berkaitan. Pemodenan proses penerbitan sukuk ini juga dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasikewangan Islam serta menetapkan penanda aras digital baharu bagi pasaran modalnegara.

Dari sudut kawal selia, inisiatif ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripadaprogram perintis SC bagi memudah cara inovasi pasaran melalui pendekatankolaboratif. Hal ini dapat memastikan integrasi teknologi baru kekal selaras denganintegriti pasaran dan perlindungan pelabur, di samping dapat dijadikan rujukan olehindustri berkaitan. Ini sekaligusdapatmengurangkanhalanganteknikal danpengawalseliaanuntukpenerbitkorporatakandatang.

Melalui inisiatifini juga, Khazanah dan SC telahdapatmeningkatkankesedaran parapelaburdan mengujitahapkesiapsiagaaninstitusikewanganterhadapalirankerjasukuk yang ditokenkanmelaluipenglibatansepertiKumpulan CIMB dan Maybank,sertapara pelaburseperti Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (“CGC”),Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”), OCBC Bank (Malaysia)Berhad (“OCBC”) dan lainlain.

Institusi-institusi yang terlibatturutbekerjasamasepanjang proses penerbitanbagimemastikanpelarasandarisegioperasi dan teknikal, di sampingmemperdalamkefahamanterhadapinstrumen yang ditokenkan.

Lebih daripadasekadarkejayaanawal, inisiatifinimembuktikanpotensi sukuk yangditokenkansebagaiinstrumenpasaran modal masa hadapan, sekaligusmembukalaluankepadafasaseterusnyadalamusahamemodenkanpasaran modal Malaysia.

Recent News

Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Penipu Menyalahgunakan Nama Khazanah untuk Memperdaya Orang Ramai Sertai Skim…

Khazanah Nasional Berhad Umum Penerima Khazanah Wolfson Press Fellowship 2026 

What are you looking for