Perjanjian tanpa ikatan selama empat tahun itu ditandatangani oleh CDP Equity, Fondo Italiano di Investimento, CDP Venture Capital dan Simest dan dana kekayaan berdaulat Malaysia pada edisi ketujuh Dialog Peringkat Tinggi mengenai Hubungan Ekonomi ASEAN-Itali di Bangkok
Memorandum itu adalah yang pertama seumpamanya antara Itali dan Malaysia
Kuala Lumpur, 5Oktober 2023-Kumpulan Cassa Depositi e Prestiti (“Kumpulan CDP”) dan dana kekayaan berdaulatMalaysia Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”)menandatangani Memorandum Persefahaman (“MoU”) dengan tujuan mengenal pasti bidang-bidang yang berpotensi di mana pihak-pihak terlibat boleh mentakrif, menilai dan mengenal pasti peluang pelaburan dan kerjasama terutamanya dalam kedua-dua pasaran. Perjanjian empat tahun tanpa ikatanitu telah ditandatangani bagiKumpulan CDP oleh anak-anak syarikat yang terdiri daripadaCDP Equity, Fondo Italiano di Investimento SGR, CDP Venture Capital SGR dan Simest.
MoU itu dapatmengukuhkan hubungan ekonomi, perdagangan dan perindustrian antara Itali dan Malaysia,menggalakkanpelaburan antara kedua-dua negara dengan menyokong syarikat-syarikatItali yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka di rantau ASEAN dan menyokong kemasukan dan kehadiran dana kekayaan berdaulatMalaysia, Khazanah dan subsidiarinya di pasaran Itali.
Mou tersebut ditandatanganipada edisi ketujuhDialog Peringkat Tinggi mengenai Hubungan Ekonomi ASEAN-Italiyang diadakan pada 3-4 Oktober di Bangkok, Thailand, dianjurkanoleh The European House -Ambrosetti dan disokong oleh CDP dan Simest sebagai Rakan Kongsi Utama.
Perjanjian itu, yang pertama seumpamanya antara Itali dan Malaysia, juga menetapkan bahawa Khazanahbolehmenilai peluang pelaburanberpotensidalam syarikat portfolio CDP Equity serta bekerjasama dengan Fondo Italiano d’Investimento SGR dan CDP Venture Capital SGR untuk menganalisispeluangkerjasama berpotensidengan syarikat Itali dan/atau kumpulan yang mempunyai perniagaan penting di Eropah atau di Malaysia.
Manakala CDP, melalui SIMEST, dan Khazanah akan memberi tumpuan terutamanya terhadapmenganalisis peluang pelaburan berpotensi dalam subsidiariMalaysia miliksyarikat dan/atau kumpulan Itali. Ini menandakan kesediaan rangkaian perniagaan Itali untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia, dengan meneroka peluang pelaburan di negara ini.
Perjanjian tanpa ikatan itu juga menyediakan penubuhan kumpulan kerja bersama yang terdiri daripada wakil daripada kedua-dua institusi yang akan menganalisis, memupuk dan menyelaras pembangunan peluang kerjasama seperti yang termaktub dalamdokumen yang ditandatangani.
Francesco Mele, Pengarah Pelaburan CDP dan Ketua Pegawai Eksekutif CDP Equityberkata: “Perjanjian tanpa ikatanselama empat tahun yang ditandatangani oleh Kumpulan CDP dengan Khazanah Nasional Berhad adalahsatu titikpenting dalam proses mengukuhkan hubungan dengan pelabur institusi antarabangsabagimemupuk potensi pertumbuhan syarikat Itali di Asia Tenggara dan kemasukan pemain baharu dengan pengalaman terbukti dan kekuatan modal untuk meningkatkan pembangunan ekosistem Itali”.
Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanahberkata: “Khazanah berbesar hati menjadi sebahagian daripada kerjasamastrategik bersamaKumpulan CDP yang akan memperkuatkan lagihubungan dua hala antara Itali dan Malaysia. Melalui kerjasamaini, kami dapat bersama-sama memudahkan dan mewujudkanlebihpeluang bagiperusahaan Itali yang sedang melabur atau bersedia untuk melabur di Malaysia, danbegitu jugasebaliknya, meningkatkan kekuatan dan daya tahan ekonomi kedua-dua negara.”
“Pelaburan antarabangsa Khazanah merangkumi pelbagai kelas aset dan pasaran. Sebagai dana kekayaan berdaulatMalaysia, kami menjajarkan pelaburan-pelaburanini secara strategik dengan aliran mega global dan teknologi baru muncul, memenuhi matlamat berkembar iaitumengembangkan nilai portfolio kami dan memudahkan aliran pengetahuan, rangkaian dan peluang pelaburan ke Malaysia. Oleh itu, kami berharap untuk mendapat manfaat daripada perkongsian kami dengan CDP,salah satu Dana Berdaulat Eropah yang terkemuka.”