Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah raih RM735.7 juta hasil penempatan saham Telekom Malaysia 

Share this on

Urus niaga sebahagian daripada pelan penyusunan semula berterusan Khazanah, hasil digunakan untuk pelaburan baharu 

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) mengumumkan kejayaannya menempatkan 172.3 juta saham Telekom Malaysia Berhad (“TM”) pada harga RM4.27 sesaham, sekali gus meraih hasil berjumlah RM735.7 juta daripada urus niaga tersebut. Harga penempatan mewakili diskaun 3.61% pada harga penutup pasaran bagi saham TM yang bernilai RM4.43 pada 21 Mei 2020. 

Penempatan saham ini merupakan sebahagian daripada usaha penyusunan semula keseluruhan portfolio Khazanah, yang mana hasil daripadanya akan digunakan untuk pelaburan baharu pada masa hadapan serta usaha pemelbagaian peruntukan aset Khazanah. Dengan permintaan kukuh pasaran bagi saham “blue-chip” tempatan, penempatan saham ini membolehkan Khazanah meningkatkan apungan bebas dan daya tarikan saham TM sebagai pelaburan. 

Dana domestik berjangka panjang, pelabur institusi asing serta pelabur institusi sedia ada telah mengambil bahagian dalam penempatan saham ini. Pelabur institusi domestik mewakili sebahagian besar pembeli utama. Penempatan saham ini adalah penempatan berkaitan sektor telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di ASEAN pada tahun ini. 

CIMB dan Credit Suisse adalah pengatur bersama penempatan saham ini. 

Recent News

Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah Terajui Perintis Sukuk yang Ditokenkan Pertama di Malaysia dengan…

Penipu Menyalahgunakan Nama Khazanah untuk Memperdaya Orang Ramai Sertai Skim…

What are you looking for