Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah…

Ulasan bagi Belanjawan 2020 oleh Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Khazanah Nasional 

Share this on

Belanjawan 2020 yang bertemakan “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmukaran Bersama” adalah belanjawan pertama Kerajaan berikutan pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. 

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) berpendapat Belanjawan 2020 telah direka secara teliti dan merupakan usaha yang baik untuk merapatkan jurang peluang yang wujud di negara ini menerusi penambahbaikan mekanisme penyampaian Kerajaan serta penglibatan rakyat dalam ekonomi digital. 

Kami mengalu-alukan pelbagai inisiatif dan dasar Belanjawan 2020 yang meletakkan asas bagi Malaysia untuk menuju ke arah pertumbuhan terangkum dan mampan bagi jangka panjang. Khazanah dan syarikat pelaburan kami berharap dapat berperanan dalam menyampaikan pelbagai inisiatif pembangunan negara yang terkandung dalam Belanjawan 2020, khususnya dalam rangsangan digital, infrastruktur digital serta pelancongan. 

Berita Terkini

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah…

Dana Impak oleh Khazanah Membina Momentum dengan Pelaburan RM2.6 Bilion…

Khazanah Menyatakan Kemajuan dan Tadbir Urus yang Kukuh pada Mesyuarat…

What are you looking for