Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah baharu berkuatkuasa 26 Jun 2019. Mereka adalah:
1. To’ Puan Azian binti Mohd Aziz
Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara Malaysia
2. Profesor Xiao’ou Tang
Pengasas SenseTime & Profesor di Chinese University of Hong Kong
3. Encik Lau Seng Yee
Naib Presiden Eksekutif & Pengerusi Pemasaran Kumpulan dan Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited
Khazanah mengalu-alukan pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah yang baharu ini dan berharap akan dapat terus bekerja dengan Lembaga Pengarah kami yang diketuai oleh Pengerusi, Y.A.B. Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk memenuhi mandat kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia.