Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah bakal terbit sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab berdenominasi Ringgit pertama

Share this on

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) menerusi sebuah syarikat tujuan khas yang diperbadankan di Malaysia, Ihsan Sukuk Bhd (“Ihsan”), bakal menerbitkan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab berdenominasi ringgit pertamanya (“Sukuk SRI”). Sukuk SRI ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, hari ini.

Sukuk SRI tersebut, yang mana penerbitannya telah dimandatkan oleh Lembaga Pengarah Khazanah, akan diterbitkan bawah Program Sukuk RM1.0bn Ihsan, program pertama seumpamanya yang diluluskan bawah rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Program Sukuk tersebut telah diberi penarafan awal AAA oleh RAM Rating Services Berhad,, sekali gus memberi pengiktirafan kepada Khazanah sebagai penanggung kewajipan kredit bawah struktur Sukuk SRI ini.

Hasil penerbitan sulung sukuk tersebut akan disalurkan kepada Yayasan AMIR (“YA”), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, YA telah ditubuhkan oleh Khazanah pada tahun2010, bagi membolehkan yayasan tersebut menguruskan aliran tunainya bagi pelaksanaan Program Sekolah Amanah untuk sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti pada tahun 2015.

YA memberi tumpuan kepada peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah- sekolah kerajaan menerusi Program Sekolah Amanah, suatu Perkongsian Awam-Swasta dengan Kementerian Pelajaran. Pada akhir tahun 2014, Program Sekolah Amanah Yayasan AMIR mempunyai 30 buah sekolah di Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak, yang memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 pelajar di seluruh negara.

“Sukuk ini menyediakan kaedah pendanaan bagi tujuan pendidikan serta penunaian tanggungjawab korporat di negara ini,” kata Tan Sri Haji Muhyiddin, yang menyambut baik usaha Khazanah dalam memperkenalkan program pembiayaan inovatif ini.

Beliau turut menyeru syarikat serta institusi tempatan untuk menyokong penerbitan sukuk ini yang akan membolehkan pelancaran 20 buah sekolah amanah baru tahun ini.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, Sukuk SRI ini memberi peluang kepada sektor swasta untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Kami turut berharap sukuk ini akan menjadi pencetus kepada penerbitan instrumen- instrumen hutang pelbagai dimensi serta kaedah inovatif bagi pembiayaan sosial di pasaran pada masa hadapan,” katanya.

Kesan sosial bagi sukuk yang distruktur berdasarkan konsep “Bayar untuk Kejayaan” ini diukur dengan menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (“KPI”) yang telah tetapkan terlebih dahulu, dan akan dinilai dalam tempoh masa 5 tahun.

Sekiranya sasaran KPI yang ditetapkan berjaya dicapai pada tarikh matang, pelabur sukuk akan melupuskan sebahagian jumlah nominal yang telah dipersetujui sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka dalam mengiktiraf kesan sosial yang positif yang dihasilkan oleh Program Sekolah Amanah. Sebaliknya, jika sasaran KPI yang ditetapkan gagal dicapai, pemegang sukuk layak menerima jumlah nominal dibayar bawah sukuk ini sepenuhnya.

Sukuk yang distrukturkan bawah prinsip Wakalah Bi Al-Istithmar ini sekali gus membuktikan usaha berterusan Khazanah dalam memperkenalkan instrument kewangan Islam yang inovatif dan berdaya maju.

CIMB Investment Bank Berhad (“CIMB”) bertindak sebagai pengatur tunggal sementara Amanie Advisors Sdn Bhd dan CIMB Islamic Bank Berhad merupakan penasihat syariah bersama untuk Program Sukuk RM1.0bn ini.

Recent News

Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Khazanah Terajui Perintis Sukuk yang Ditokenkan Pertama di Malaysia dengan…

Penipu Menyalahgunakan Nama Khazanah untuk Memperdaya Orang Ramai Sertai Skim…

What are you looking for