Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Pendekatan Kami terhadap Kemampanan

Kemampanan Merupakan Teras kepada Cara Khazanah Melaksanakan Mandatnya sebagai Pelabur Jangka Panjang

Kemampanan bukan agenda yang berasingan. Sebaliknya, ia merupakan lensa yang kami gunakan untuk membuat penilaian, menguruskan risiko dan membentuk hasil merentas portfolio serta operasi kami. Pendekatan kami berteraskan rangka kerja Menjamin Masa Hadapan yang mentakrifkan hasil yang paling penting bagi Malaysia: menyokong ekonomi yang stabil dan kukuh, meningkatkan kualiti hidup untuk semua dan membolehkan komuniti berkembang maju.

Berpandukan pendekatan kematerialan berganda, kami mengambil kira bagaimana faktor kemampanan mempengaruhi portfolio kami, serta bagaimana pelaburan kami memberi kesan kepada ekonomi, masyarakat dan alam sekitar secara lebih luas. Ini mencerminkan pandangan tanggungjawab yang lebih menyeluruh, melangkaui pulangan kewangan semata-mata.

Kami menerapkan pendekatan ini di seluruh organisasi melalui tiga peranan. Sebagai Pelabur Bertanggungjawab, kami menyepadukan faktor kemampanan yang material dalam cara kami menilai, mengawasi dan menguruskan pelaburan dengan mengguna pakai prinsip pelaburan bertanggungjawab untuk melindungi nilai jangka panjang dan daya tahan portfolio.

Sebagai Penggerak Agenda Nasional, kami memanfaatkan kedudukan kami sebagai dana kekayaan berdaulat dan pemilik aset bagi berinteraksi dengan pihak berkepentingan, serta membantu membentuk perbincangan yang mempengaruhi industri dan dasar. Sebagai Organisasi yang Komited, kami membina keupayaan, membangunkan warga kerja serta beroperasi secara bertanggungjawab sebagai sebuah organisasi.

Bersama-sama, peranan ini menetapkan hala tuju yang konsisten untuk pembuatan keputusan, serta memastikan kemampanan diterapkan dan dicerminkan dalam cara kami melabur, beroperasi dan berinteraksi.

Prinsip Kemampanan

Melakukan Kebaikan

Kami komited untuk menyampaikan hasil yang positif, dengan memastikan tindakan kami pada hari ini menyumbang kepada nilai ekonomi, sosial dan alam sekitar yang berpanjangan untuk generasi masa kini dan akan datang.

Melakukan dengan Lebih Baik

Kami sentiasa berusaha untuk melangkaui kebiasaan sedia ada dengan mengenal pasti peluang untuk mencipta nilai melalui pengurusan risiko secara proaktif dan daya tahan jangka panjang.

Tidak Melakukan Kemudaratan

Kami komited untuk menguruskan dan mengurangkan risiko dengan memastikan aktiviti kami melindungi jaringan sosial, ekonomi dan alam sekitar, serta mengelakkan kesan buruk terhadap pihak berkepentingan kami.

What are you looking for