Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Pendekatan Pelaburan

Selain menjana pulangan, kami komited untuk mengekalkan amalan pelaburan bertanggungjawab di seluruh portfolio kami melalui pendekatan yang sejajar dengan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI) dan Kod Malaysia bagi Pelabur Institusi (MCII).

Kemampanan merupakan pemacu dan pertimbangan utama dalam pelaburan kami di Khazanah. Rangka kerja kemampanan kami, Menjamin Masa Hadapan, memberi tumpuan kepada hasil yang paling penting bagi Malaysia yang dipacu melalui pelaburan kami, pengawasan kami terhadap syarikat portfolio, serta polisi pelaburan kami. Polisi Pelaburan Mampan, Jangkaan Pemegang Saham dan Kepengurusan Pelaburan, serta Pendirian Gaji Kehidupan Wajar merupakan antara contoh jangkaan yang jelas terhadap penerapan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan syarikat penerima pelaburan kami.

Baca selanjutnya mengenai Pendekatan Kemampanan Khazanah here.

Penyata Polisi Pelaburan

Selaras dengan mandat Khazanah untuk menyampaikan nilai mampan kepada rakyat Malaysia, Penyata Polisi Pelaburan menggariskan mandat, objektif serta prinsip pelaburan kami.

Polisi Pelaburan Mampan

Polisi Pelaburan Mampan menggariskan prinsip dan komitmen Khazanah terhadap pelaburan bertanggungjawab dengan mengambil kira faktor ESG, bagi membantu pengurusan risiko dan menjana pulangan jangka panjang yang mampan.

Jangkaan Pemegang Saham dan Kepengurusan Pelaburan

Dokumen Jangkaan Pemegang Saham dan Kepengurusan Pelaburan menggariskan jangkaan Khazanah terhadap syarikat penerima pelaburan kami, serta prinsip kepengurusan pelaburan kami. Dokumen ini turut merangkumi Garis Panduan Pengundian yang baru disemak, serta menjadi panduan kepada pengundian Khazanah dalam mesyuarat agung syarikat tersenarai.

Pendirian Gaji Kehidupan Wajar

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) komited untuk menyokong aspirasi Ekonomi MADANI, khususnya dalam usaha meningkatkan lantai dan siling ekonomi rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Khazanah bersedia menerapkan amalan gaji kehidupan wajar dalam operasi kami sendiri, dengan 10 pegangan teras turut bersedia bagi melaksanakan standard gaji kehidupan wajar.

Kod Etika Perniagaan

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap integriti, kami menjangkakan Rakan Perniagaan  mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Kod Etika Perniagaan. Kod ini memberikan panduan kepada pegawai Khazanah dan Rakan Perniagaan mengenai apa yang Khazanah percaya sebagai hubungan perniagaan mampan berteraskan prinsip utama integriti, kejujuran, akauntabiliti serta pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Kod Tata Kelakuan

Khazanah komited sepenuhnya untuk menjadi penanda aras  standard tingkah laku korporat yang baik. Setiap warga kerja bertanggungjawab memastikan pematuhan kepada standard etika tertinggi. Sehubungan dengan itu, Kod Tata Kelakuan warga kerja menyediakan panduan mengenai standard tingkah laku yang dikehendaki daripada semua warga kerja Khazanah dalam aktiviti perniagaan kami.

What are you looking for