Faridah Bakar Ali menyertai Khazanah pada Mei 2006. Beliau memulakan kerjayanya dengan PricewaterhouseCoopers Malaysia dan kemudiannya berkhidmat di BP Malaysia.
Di Khazanah, Faridah telah melaksanakan beberapa urus niaga Kewangan Islam yang unggul termasuk sukuk boleh ubah pertama di dunia dan tawaran runcit pertama bagi Sukuk Ihsan, sukuk pelaburan Khazanah yang mampan dan bertanggungjawab.
Beliau merupakan graduan University of Lancaster serta ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).