Dato’ Mohamed Nasri Sallehuddin menyertai Khazanah pada September 2009 dan kini merupakan Ketua Pegawai Korporat & Penasihat Undang-Undang Am. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat. Sebelum menyertai Khazanah, beliau merupakan rakan kongsi di sebuah firma guaman terkemuka di Malaysia, memberikan khidmat nasihat dalam bidang undang-undang korporat, penstrukturan semula, pengambilalihan dan penggabungan.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Wales, Aberystwyth, dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Strathclyde. Beliau diterima masuk ke Gray’s Inn sebagai peguam (barrister-at-law) pada tahun 1995 dan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1996.
Dato’ Nasri ialah Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Telekom Malaysia Berhad dan mempengerusikan Jawatankuasa Risiko dan Pelaburan Lembaga syarikat tersebut. Beliau juga merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif UEM Group Berhad dan mempengerusikan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhannya. Selain itu, beliau mempengerusikan lembaga pengarah Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd, Desaru Development Corporation Sdn Bhd, Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Think City Sdn Bhd dan Taman Tugu Project Development Sdn Bhd. Beliau turut menganggotai lembaga pengarah Pengurusan Aset Warisan Sdn Bhd serta Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hasanah.
