Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Shahrizal Mohd Suffian

Ketua, Pengurusan Modal Insan Strategik

Shahrizal Mohd Suffian menyertai Khazanah pada Julai 2024. Dengan lebih daripada 29 tahun pengalaman dalam jawatan kepimpinan di dalam bidang perundingan dan korporat, Shahrizal mempunyai rekod cemerlang dalam pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi, serta penggabungan dan pengambilalihan. Beliau terlibat dalam pelbagai projek sektor awam merangkumi Malaysia, Indonesia, dan Thailand, di mana beliau telah memacu inisiatif pengurusan bakat dan program pembangunan kepimpinan.

Sebelum menyertai Khazanah, beliau merupakan Rakan Kongsi di Deloitte Asia Tenggara, dengan fokus kepada transformasi sumber manusia dan pengurusan bakat strategik. Beliau juga pernah memegang jawatan kanan di Korn Ferry di Indonesia dan Malaysia, Hay Group Malaysia, PETRONAS, IBM, dan beberapa bank terkemuka di Malaysia.

Shahrizal memiliki dua Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran, satu dalam Pemasaran dari University of Texas dan satu lagi dalam Kewangan dari University of Oklahoma.

What are you looking for