Wong Wai Seng menyertai Khazanah pada bulan Ogos 2011. Beliau bertanggungjawab terhadap strategi korporat, peruntukan aset strategik dan perancangan strategik bagi memenuhi mandat jangka panjang dan matlamat kemampanan Khazanah.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dengan pengkhususan dalam bidang Kewangan dari Universiti Teknologi Malaysia, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Thunderbird School of Global Management menerusi program Fullbright dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan sebagai Sloan Fellow dari Stanford Graduate School of Business. Beliau juga merupakan Akauntan Pengurusan Bertauliah Bersekutu (“ACMA”).