Suhana Dewi Selamat menyertai Khazanah pada November 2012 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Risiko pada 1 Februari 2017. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam bidang perundangan, pengawalseliaan, pematuhan serta pengurusan risiko di firma tempatan dan di syarikat-syarikat multinasional, termasuk 8 tahun sebagai Pemegang Amanah di WWF Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Undang-undang daripada London School of Economics and Political Science.