Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Dr Nungsari Ahmad Radhi

Pengarah, Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO), Ahli Jawatankuasa Audit & Risiko (ARC) dan Ahli Jawatankuasa Pencalonan & Imbuhan (NRC)

Dr Nungsari Ahmad Radhi telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah berkuat kuasa pada 3 Jun 2026. Beliau merupakan seorang ahli ekonomi dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi Khazanah Research Institute. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri (PMAC) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), selain berkhidmat sebagai Pemegang Amanah Yayasan Rahimah binti Yusof serta ahli Lembaga Penasihat Yayasan Peneraju Pendidikan.

Beliau pernah memegang jawatan kepimpinan kanan dalam beberapa syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan), termasuk Khazanah Nasional Berhad, Prokhas Sdn Bhd, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, DanaInfra Nasional Berhad dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad. Beliau juga pernah menganggotai lembaga pengarah beberapa badan berkanun, termasuk Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan (ACFIN), Majlis Produktiviti Negara dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), serta institusi kewangan seperti Bank Pertanian Malaysia Berhad, CIMB Islamic Bank dan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam. Pengalaman beliau dalam bidang kawal selia termasuk berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Ekonomi dan Matematik serta Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Matematik dari Southern Illinois University, di samping Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dari Purdue University.

What are you looking for