Khazanah Nasional hargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung MAHB

Dana Warisan

Dana Warisan ialah inisiatif khusus yang ditubuhkan susulan Belanjawan 2023 untuk memelihara dan menghidupkan semula aset warisan Malaysia.  

Inisiatif ini menumpukan kepada usaha memulihkan tapak bersejarah yang signifikan dan memperkenalkannya semula untuk kegunaan kontemporari dengan mengimbangi pemuliharaan, kebolehcapaian dan kemampanan jangka panjang. 

Khazanah memainkan peranan strategik sebagai pelabur dalam membolehkan projek-projek ini dilaksanakan. Projek sebegini lazimnya melibatkan tempoh pembangunan yang panjang, pembiayaan peringkat awal yang besar serta penyelarasan pelbagai pihak berkepentingan secara meluas. Melalui Dana Warisan, aset warisan dipulihara dan diposisikan semula sebagai destinasi yang bertenaga serta menjana nilai budaya, sosial dan ekonomi. Portfolio ini merangkumi bangunan warisan terpilih yang mempunyai kepentingan negara, termasuk aset di presint Bukit Carcosa dan kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad. 

Usaha ini merupakan sebahagian daripada Warisan KL, sebuah inisiatif negara yang lebih luas untuk menghidupkan semula warisan Kuala Lumpur melalui pemulihan dan penggunaan semula adaptif persekitaran binaan. Inisiatif ini menghimpunkan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), rakan kongsi sektor swasta dan komuniti bagi mengukuhkan landskap budaya bandar, meningkatkan kebolehdiaman dan menyokong aktiviti ekonomi merentas pelancongan, perusahaan komuniti dan sektor berkaitan.

Dana Warisan diasaskan berteraskan prinsip pemeliharaan bersama, dengan pengiktirafan bahawa kelestarian jangka panjang warisan kebangsaan Malaysia memerlukan penyertaan dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak. Sebagai pembiaya dana pemangkin, Khazanah menyokong usaha menghidupkan semula aset-aset warisan ini, manakala pengaktifan berterusan aset-aset ini disokong melalui model operasi yang mampan.

Yuran kemasukan dan sewaan ruang/venue yang dikenakan akan disalurkan semula bagi menyokong pemuliharaan, penyelenggaraan, operasi serta penganjuran program di aset-aset warisan ini. Selaras dengan model ini, penganjur program digalakkan mendapatkan pembiayaan dan rakan kerjasama masing-masing, bagi memastikan aset-aset warisan ini terus hidup, terpelihara dengan baik serta kekal boleh diakses oleh generasi masa kini dan akan datang.

1

Bangunan Sultan Abdul Samad

2
3
4
5
6
7

Seri Negara

8

Pemuliharaan kesemua lapan bangunan akan dilaksanakan secara berfasa.

Fasa 1 (2024-2026):
1
Bangunan Sultan Abdul Samad
2
Pejabat Pos Besar Lama
7
Seri Negara
Fasa 2:
3
Mahkamah Tinggi Lama
4
Panggung Bandaraya
5
Pejabat Ukur FMS Lama
6
Muzium Tekstil Negara
8
Carcosa
Tapak:
Kompleks BSAS
Carcosa & Seri Negara

Nota: Proses Pemuliharaan  merujuk kepada hanya kerja-kerja pemulihan dan tidak merujuk kepada pembukaan atau kegunaaan operasi bangunan.

Menghormati Masa Lalu, Meraikan Masa Kini, Membina Masa Depan

Kerajaan Malaysia menyokong usaha pemeliharaan dan penghidupan semula Dana Warisan melalui gabungan pajakan jangka panjang bagi aset warisan, pembiayaan langsung untuk infrastruktur strategik dan inisiatif keterhubungan, serta insentif fiskal termasuk langkah-langkah berkaitan cukai.

Prinsip Panduan Utama Projek Di Bawah Dana Warisan

Kebanggaan Negara
Kepentingan Negara dan Warisan
Menyeluruh & Inklusif
Kekal Pemilikan Malaysia

Asas Pertimbangan Pemuliharaan Bangunan Warisan

Keusangan bangunan warisan secara beransur-ansur disebabkan oleh kurang digunakan terlalu lama
Banyak bangunan warisan masih ditutup akses kepada orang awam
Dataran Merdeka Heritage Area (DMHA) menerima ~4.7 juta pelancong setiap tahun
Tarikan budaya dan warisan terhad di Kuala Lumpur mengehadkan tempoh inap dan ulang lawatan pelancong.

Potensi Impak dan Manfaat Ekonomi dan Social

Membuka kesan pengganda ekonomi dalam sektor pelancongan, industri kreatif dan rantaian bekalan tempatan
Memperluas ruang awam berkualiti tinggi yang inklusif, mudah diakses dan mesra untuk semua
Mendidik dan menginspirasi rakyat Malaysia melalui kesedaran yang lebih mendalam tentang sejarah dan warisan negara
Memupuk patriotisme dan kebanggaan negara melalui pemeliharaan simbol serta identiti nasional

Aset Warisan dan Projek Khazanah

Inisiatif Dana Warisan memberi tumpuan kepada pemulihan dan pengaktifan aset warisan yang mempunyai kepentingan negara, dengan matlamat menjadikannya lebih mudah diakses dan relevan kepada orang awam. 

Pengurusan Aset Warisan mengurus dan mengendalikan aset-aset ini bagi memastikan pemuliharaan dan pembangunan semula dilaksanakan secara berstruktur dan mampan. Usaha semasa tertumpu kepada bangunan terpilih di presint Bukit Carcosa dan kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad, dengan kerja-kerja pemulihan berjalan secara berfasa.

What are you looking for