Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

1 November 2024

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu, Syarikat adalah platform e-dagang fesyen tempatan yang berpotensi, dengan lebih daripada 400 jenama dan 15,000 produk di platformnya serta menjangkakan pertumbuhan pendapatan sekitar 60% setiap tahun. Rasional pelaburan kami berasaskan tema e-dagang luar talian ke dalam talian (Offline-to-Online), serta komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan syarikat peringkat awal yang berpontensi.

Dalam tempoh beberapa tahun, Syarikat tersebut menghadapi cabaran, sebahagian besarnya kesulitan yang timbul disebabkan COVID-19, termasuk rancangan perluasan platform. Ini menyebabkan FashionValet, di bawah bimbingan Lembaga Pengarah dan pemegang saham, beralih fokus daripada menjadi sebuah platform e-dagang untuk jenama Asia Tenggara kepada mengembangkan jenama milik penuh, Duck dan Lilit, bagi mengekalkan margin operasi dan aliran tunai syarikat. Syarikat juga mengambil langkah untuk merasionalisasi kos dan menyelaraskan operasi, namun terus menghadapi cabaran, termasuk pengumpulan dana dalam persekitaran yang sukar pada tahun 2022-2023.

Pada akhir tahun 2023, NXBT Partners, yang diterajui seorang usahawan Malaysia yang berpengalaman, menawarkan untuk memperoleh kepentingan pemegang saham sedia ada dan menyuntik modal ke dalam Syarikat. Memandangkan Syarikat memerlukan dana dengan segera untuk meneruskan operasi, dan memandangkan pelaburan telah mencapai akhir tempoh pegangan yang disasarkan, Khazanah mempertimbangkan dan menerima tawaran tersebut. Penjualan ini adalah satu langkah keluar yang bertanggungjawab untuk mengalih pemilikan kepada pihak yang mampu membantu mendorong Syarikat ke arah trajektori pertumbuhan baru.

Sebagai dana kekayaan berdaulat negara, Khazanah akan terus melabur secara bertanggungjawab dan mengurus aset untuk pulangan pelbagai generasi yang mampan bagi negara. Sebagai sebahagian daripada strategi Memajukan Malaysia yang berasaskan kerangka “A Nation That Creates”, kami kekal komited untuk menjana transformasi syarikat-syarikat Malaysia pelbagai saiz untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara, selaras dengan program GEAR-uP yang diterajui Kementerian Kewangan.

Kami percaya bahawa ekosistem permulaan adalah penggerak inovasi, pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan di Malaysia. Walaupun terdapat risiko pelaburan dan cabaran yang lebih tinggi dengan syarikat peringkat awal, Khazanah akan terus berdedikasi untuk menyokong syarikat permulaan tempatan dan akan terus bersama mereka sehingga mencapai kejayaan serta pertumbuhan.

Kami menghargai segala kepercayaan dan sokongan berterusan daripada para pemegang kepentingan kami, dalam usaha kami mencapai matlamat ekonomi negara selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI kerajaan.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
10 Januari 2025

Strategi Khazanah Untuk Memajukan Malaysia: Memban...

Selanjutnya  

27 Disember 2024

Memajukan Rantaian Nilai Semikonduktor dan Pengelu...

Selanjutnya  

1 November 2024

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham Fashion...

Selanjutnya  

28 Oktober 2024

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ...

Selanjutnya  

19 Oktober 2024

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir...

Selanjutnya  

17 Oktober 2024

SC dan Khazanah Jalin MoU untuk Memangkin Akses MT...

Selanjutnya  

15 Oktober 2024

Khazanah Nasional, melalui Dana Impak, bakal lanca...

Selanjutnya  

30 Julai 2024

Khazanah Nasional selesaikan pengambilalihan MAVCA...

Selanjutnya  

15 Mei 2024

Konsortium diterajui Khazanah dan KWSP umum tawara...

Selanjutnya  

11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya