Integriti

Kami bertindak dengan penuh integriti tanpa kompromi. Khazanah terus mengukuhkan rangka kerja yang berkaitan integriti untuk mencapai objektif Pelan Pencegahan Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP) dan melaksanakan pelbagai program untuk kakitangan, vendor dan syarikat pelaburan kami ke arah mencapai tujuan ini. Khazanah juga mematuhi pelbagai ketetapan yang digubal di peringkat nasional berkaitan pencegahan rasuah, antaranya termasuk membangunkan dan melaksanakan Rancangan Integriti dan Pencegahan Rasuah (IACP). Setiap pencapaian bawah IACP dilaporkan terus kepada Jawatankuasa Lembaga bagi Audit & Risiko.

Saluran Pemberian Maklumat

Selari dengan komitmen kami untuk menyemai budaya integriti di Khazanah, kami menggalakkan semua pihak untuk melaporkan sebarang kelakuan yang melampaui batasan integriti atau tindakan tidak wajar yang melibatkan organisasi.

Kami akan sentiasa memelihara kerahsiaan dan tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan balas atau pembalasan atas laporan atau aduan yang telah dibuat dengan niat baik.

Sebarang aduan atau laporan khusus berkaitan dengannya boleh dikemukakan kepada kami menerusi e-mel di [email protected].