Kemampanan di Khazanah

Sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia, kami bertanggungjawab untuk mencipta nilai yang bukan hanya menjurus kepada pencapaian prestasi kewangan tetapi melangkau lebih jauh daripada itu bagi negara dan generasi akan datang. Di Khazanah, kami sentiasa sedar tentang kesan pelaburan kami terhadap masyarakat dan juga alam semula jadi.

Untuk memastikan keputusan dan tindakan yang dibuat adalah berdasarkan kepada proses peralihan yang dilakukan secara saksama dan bertanggungjawab dalam menerima pakai amalan ESG, kami berlandaskan prinsip berikut:

Berbuat Baik

Kami mengharapkan hasil yang baik dan memastikan tindakan yang diambil pada hari ini akan memberi keputusan positif bagi perkara-perkara berkaitan ekonomi, sosial dan perubahan alam sekitar kepada generasi masa kini dan masa depan.

Berbuat Lebih Baik

Kami berusaha untuk terus memperbaiki ‘status quo’ dengan mengenal pasti peluang untuk mencipta nilai positif melalui pengurusan risiko dan membuat persediaan bagi masa depan.

Jangan lakukan kemudaratan

Kami mengurus dan mengawal risiko bagi memastikan tindakan yang diambil tidak mendedahkan kesan yang negatif kepada pihak berkepentingan dalam masyarakat, ekonomi atau alam sekitar.

Khazanah sentiasa mengguna pakai prinsip teras Kemampanan dalam semua aktiviti kami, sejak permulaan operasi kami, apabila kami diberikan mandat yang lebih aktif yang sekali gus menyaksikan pelaksanaan Tadbir Urus yang baik dalam syarikat pelaburan kami sebagai sebahagian daripada Program Transformasi GLC yang dilancarkan pada 2004 .

Kami melabur dalam perniagaan yang bertema Kemampanan di dalam dan luar negara bukan sekadar untuk meraih pulangan atau nilai kewangan semata-mata tetapi lebih daripada itu, pelaburan yang dilaksanakan memberi kesan positif kepada alam sekitar dan juga komuniti yang mana ia bertapak.

Contoh pelaburan bertemakan Kemampanan yang dilaksanakan oleh Khazanah Nasional Berhad

Pusat pengurusan sisa bersepadu pertama di Malaysia menguasai 80% pasaran rawatan dan pelupusan sisa berjadual serta kegiatan kitar semula dan pemulihan yang semakin meningkat.

Pusat pengurusan sisa Kualiti Alam mempunyai kapasiti tahunan untuk menyimpan, merawat dan membuang lebih daripada 100,000 tan sisa terjadual.

Mempunyai rekod kejayaan daripada segi operasi dan juga prestasi kewangan selain merupakan peneraju dalam industri berkenaan.

Penyedia penyelesaian pengurusan sisa dengan agenda ESG yang kukuh.

Syarikat pembekal Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) yang berkembang pantas di Malaysia. Sehingga kini:

  • Membekalkan 231 GWj tenaga elektrik daripada RE kepada grid tenaga elektrik kebangsaan
  • Menjimatkan 1.2 juta tan metrik karbon (mengelakkan berlaku pelepasan karbon dioksida)
  • Penjimatan 99 GWj tenaga elektrik daripada Projek Kecekapan Tenaga.

Grid tenaga elektrik terbesar dihubungkan dengan pengeluar biogas dengan kapasiti dibenarkan berjumlah 54MW (termasuk tenaga solar)

Syarikat RE yang memenangi anugerah:Penerima Anugerah Tenaga Nasional 2020 bagi projek penggunaan tenaga yang efisien.

Penyedia Perkhidmatan Pendidikan tempatan yang pertama di Malaysia yang menumpukan kepada transformasi sekolah awam di negara ini.

Program yang dijalankan memberi impak kepada ~160 buah sekolah, ~188,000 orang pelajar dan ~8,000 orang guru.

Bekerjasama dengan penaja dan rakan kongsi seperti Yayasan Amir, Yayasan Hasanah, Yayasan Petronas, Yayasan Dayadiri, Tenaga Nasional Berhad, Time dotcom, UEM Group, Teach for Malaysia, Pintar Foundation dan lain-lain.

*Pelaburan dalam LeapEd telah dilupuskan

Prinsip Panduan Kami