Pendekatan Kami

Kami mengambil pendekatan menyeluruh terhadap Kemampanan – meliputi cara kami berkelakuan sebagai pelabur serta cara organisasi menjalankan kerja harian kami. Pendekatan kami direka bentuk untuk menjadi holistik dan memfokuskan pada isu yang paling memberi kesan kepada kami dan portfolio kami dari sudut perniagaan.

Pelabur Bertanggungjawab

Kami komited ke arah memastikan ESG dan amalan pelabur yang bertanggungjawab disepadukan dalam proses pelaburan kami, termasuk:​

  • Penilaian pelaburan baharu​
  • Pemantauan syarikatpenerima pelaburan sedia ada​
  • Mengenal pasti peluangpenciptaan nilai

Organisasi Mampan

Sebagai sebuah organisasi, kami berusaha menerapkan kemampanan menjadi budaya dantingkah laku kami. ​ ​ Untuk tujuan ini, tindakan yang kami ambil termasuk :​

  • Memacu pengupayaan dalamandengan mewujudkan kesedaran tentang kemampanan danmenyediakan latihan kepadakakitangan​
  • Mewujudkan sebuah rangkaianjuara kemampanan dalaman bagi menerajui aktivitimembina kesedaran danmenggalakkan penerapaninisiatif mampan secaradalaman​
  • Mengambil tanggungjawabdengan melaporkan kemajuandiri dan mengekalkan ketelusan​
  • Menyumbang kepada badanbadanyang bermatlamat untuk meningkatkan penerapandan amalan kemampanan di Malaysia

Warga Korporat yang Baik

Kami percaya menjadi warga korporat yang baik bukan sekadar memacu kejayaan dalam perniagaan tetapi juga memainkan peranan dalam mewujudkan impak yang lebih meluas.​​

Sehubungan itu, kami akan terus menjadi pemangkin perubahan positif dalam alam sekitar dan masyarakat sekeliling, bagi mewujudkan masa depan negara yang lebih baik.​

Pelaburan Mampan​

Menetapkan kemampanan dalam proses membuat keputusan pelaburan kami​

Kemampanan Perusahaan​

Menetapkan kemampanan dalam amalan harian kami, termasuk melibatkan sumbangan kepada Masyarakat dan komuniti​​

Kami meneruskan pelaksanaan pemboleh kemampanan di seluruh Khazanah dengan tujuan membina keupayaan​ dan kapasiti dalaman bagi menangani isu tersebut. Pemboleh kemampanan yang dilaksanakan termasuk:​ ​

  1. Menawarkan peluang latihan dan pembangunan kepada semua kakitangan, melalui Latihan secara dalaman dan luaran​
  2. Meningkatkan keupayaan data dan analitik ESG kami​
  3. Menganjurkan perkara berkaitan kemampanan dengan pihak berkepentingan​
  4. Membina budaya kemampanan melalui inisiatif dalaman untuk mengurus dan mengurangkan pelepasan dan sisa