Sorotan Kewangan

Pada tahun 2019, tahun penuh pertama bawah mandat baharu, kami telah berjaya memulihkan prestasi keseluruhan dengan mencatatkan keuntungan operasi tertinggi dalam sejarah yang disumbangkan oleh hasil pelupusan yang lebih tinggi dan rosot nilai lebih rendah serta pulangan portfolio lebih mantap.

Keuntungan Daripada Operasi (RM Juta)

Perbelanjaan Operasi (OPEX) Sebagai Peratusan Aset*

Hutang Dan Liputan Nilai Aset Boleh Tunai (RAV)


Sorotan Prestasi Dana Komersial dan Strategik

Kami telah mencapai kemajuan ketara dalam pelbagai bidang, termasuk menjana pulangan sejajar dengan sasaran jangka panjang bagi Dana Komersial serta menyumbang kepada pulangan bagi aset dalam Dana Strategik.

Setelah setahun melaksanakan aktiviti pengimbangan semula portfolio kami, Khazanah telah mula mencatatkan kejayaan awal dalam mempelbagaikan Dana Komersial – sebuah dana rentas generasi – di bawah mandat baharu dan berada pada kedudukan yang baik untuk terus meningkatkan aktiviti pelaburan pada tahun 2020. Dana Strategik pula turut mencapai hasil kewangan dan strategik untuk aset-aset tertentu meskipun pasaran lembab pada tahun 2019.

* Nilai Aset Bersih dilaraskan mengikut perubahan pada
jumlah tunai dan hutang yang disandarkan pada Dana
** NAV Kadar Pulangan Wajaran Masa bersamaan CPI + 7.6% bagi 2019

* Keuntungan Bersih Beragregat / Aset Ketara Bersih tidak
termasuk MAS merupakan anggaran untuk tahun penuh setakat 31 Disember 2019


Maklumat setakat 31 Disember 2019