Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan berasaskan keuntungan yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama pelbagai agensi sektor awam, syarikat sektor swasta dan organisasi masyarakat sivil.  

Skop dan kos projek ini telah melalui beberapa lelaran berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan utama, penglibatan dengan sektor awam serta peruntukan bajet. Projek Taman Tugu merangkumi dua (2) komponen yang berikut:

Card image

Taman Tugu

Memulihara 66 ekar green-lung di tengah bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan ia taman hutan bandar untuk komuniti.

Card image

Amanah Awam Nasional

Mewujudkan sebuah amanah awam nasional bagi memiliki, menguruskan serta melindungi Taman Tugu dan aset lain yang berkemungkinan mempunyai nilai warisan – termasuk warisan semulajadi kita.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tamantuguproject.com.my