Koleksi Seni Galeri Khazanah

Galeri Khazanah merupakan galeri seni maya Khazanah Nasional Berhad yang dilancarkan pada bulan Julai 2022. Selaras dengan mandat Khazanah untuk menyampaikan nilai mampan untuk rakyat Malaysia dengan mempamerkan koleksi seni organisasi tersebut kepada khalayak umum, proses pemerolehan bermula secara beransur-ansur selepas penubuhan Khazanah pada 1994. Koleksi tersebut mewakili serpihan memori institusi negara.

Sebagai sebahagian daripada mandat Khazanah dalam “Memajukan Malaysia” yang bertujuan untuk membina kapasiti dan memacu komuniti yang bertenaga untuk manfaat rakyat Malaysia, kami berbangga menjadi penyokong yang bersemangat untuk pemeliharaan, penghargaan dan pengiktirafan seni, warisan dan budaya tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari galeri.khazanah.com.my