Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

20 Januari 2014

Ulasan Tahunan Khazanah Kesebelas (“KAR2014”)

Sorotan:

  • Nilai portfolio (“NWA”) meningkat 19.1% pada 2013, menokok tiga kali ganda kepada

  • RM103.5 bilion sejak Mei 2004 dengan Liputan Liabiliti kukuh (aset atas liabiliti) melebihi 3.7x.

  • Kemajuan ketara dalam penambahbaikan Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”), melahirkan jaguh serantau serta membangunkan industri baru dan pembangunan serantau.

  • Selain pulangan kewangan dan strategik, kejayaan ketara juga dicatatkan dalam pulangan kepada pemegang berkepentingan melalui perkongsian dan pengagihan hasil berjumlah RM7.8 bilion menerusi pembayaran dividend dan cukai sejak 2004 bersamaan peningkatan kira-kira 10.9 kali ganda dalam tempoh 10 tahun, selain peluasan inisiatif Tanggungjawab Korporat (“CR”).

  • Usahan penginstitusian Khazanah diteruskan, pengenalan Yayasan Hasanah dan Institut Penyelidikan Khazanah sebagai sebahagian usaha transformasi dan agenda pembinaan keupayaan bagi menyokong Program Transformasi Nasional.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) hari ini membentangkan Ulasan Tahunan Khazanah Ke-10 (“KAR 2014”), dengan 2014 menandakan ulang tahun kesepuluh program transformasi

Khazanah dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”) yang telah dilancarkan pada 2004. Khazanah dengan sukacitanya melaporkan kemajuan yang mantap dalam semua bidang tumpuan di bawah mandat yang diberikan kepadanya, khususnya dalam prestasi kewangan, pembangunan strategik, aktiviti berteraskan kemasyarakatan dan pengagihan, serta dalam pembinaan keupayaan dan penginstitusian yang berterusan.

1. Prestasi Kewangan

Nilai portfolio Khazanah yang diukur menerusi Nilai Bersih Diselaraskan (“NWA”) telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun, menokok 211% kepada RM103.5 bilion pada 31 Disember 2013 daripada RM33.3 bilion pada Mei 2004, ketika permulaan rombakan semula Khazanah. Pencapaian ini seterusnya menghasilkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (“CAGR”) 12.5% setiap tahun sejak 2004.

Dalam tempoh tersebut, pencapaian NWA Khazanah banyak disumbang oleh pegangannya dalam sektor telekomunikasi melalui Telekom Malaysia Berhad (“TM”) dan Axiata Group Berhad [RM21.3 bilion], UEM Group Berhad [RM15.8 bilion], Tenaga Nasional Berhad (“TNB”) [RM12.8 bilion], CIMB Group Berhad [RM11.6 bilion] dan sektor penjagaan kesihatan [RM8.6 bilion].

Sementara itu, Nilai Aset Boleh Direalisasi (“RAV”) secara keseluruhannya meningkat 164.8% atau RM84 bilion kepada RM134.9 bilion pada 31 Disember 2013 daripada RM50.9 bilion pada Mei 2004.

Pada 2013, Khazanah telah mencatatkan paras tertinggi baru nilai portfolio pelaburannya dengan RAV secara keseluruhannya meningkatkan 11.1% daripada RM121.5 bilion pada 31 Disember 2012, manakala NWA meningkat RM16.6 bilion atau 19.1% daripada RM86.9 bilion. Pertumbuhan NWA tahun-ke-tahun mengatasi pulangan keseluruhan 14.4 % yang dicatatkan oleh FBM KLCI.

Peningkatan tahun-ke-tahun 19.1% NWA pada 2013 juga lebih baik berbanding dengan beberapa indeks serantau seperti Indeks Straits Times, Singapura (7.3%), Indeks Hang Seng, Hong Kong (14.3%) dan Indeks MSCI bagi pasaran saham Asia tidak termasuk Jepun (10.8 % ).

Jumlah hasil yang dicatatkan oleh Khazanah bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 berjumlah RM7.6 bilion, yang terdiri daripada pendapatan dividen berjumlah RM6.6 bilion dengan keuntungan atas pelupusan serta pendapatan lain menyumbang kira-kira RM1 bilion. Di peringkat proforma syarikat, Khazanah telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM3.1 bilion (2012: RM 2.1 bilion) dan seterusnya memungkinkan pengisytiharan dividen yang dicadangkan sebanyak RM650 juta.

2. Prestasi Strategik dan Operasi

Antara 2004 dan 2013 Khazanah telah melaksanakan sejumlah 109 pelaburan bernilai RM58.1 bilion dan 61 pelupusan bernilai RM37.2 bilion yang telah menghasilkan keuntungan RM16.4 bilion. Pada 2013, Khazanah telah melaksanakan sejumlah 14 pelaburan bernilai RM6.7 bilion dan enam pelupusan dengan untung sebanyak RM682 juta.

Tahun 2013 merupakan satu lagi tahun yang sarat dengan pencapaian membanggakan buat Khazanah termasuk prestasi operasi yang lebih baik oleh hampir semua syarikat yang dikuasainya, penembusan pasaran serantau oleh syarikat-syarikat termasuk IHH Healthcare Berhad, kemajuan projek-projek pemangkin di Iskandar Malaysia serta pelaburan bersama di

Singapura, pemudahan pelaburan masuk ke dalam negara, pelaksanaan terus Program Transformasi GLC yang kini dalam tahun kesembilan sebagai secretariat, serta menyokong inisiatif utama negara di bawah Program Transformasi Negara.

Kehadiran Khazanah di peringkat serantau turut diperluaskan pada 2013 dengan pembukaan dua pejabat luar negara di San Francisco, Amerika Syarikat dan Istanbul, Turki. Dengan pembukaan kedua-dua pejabat baru tersebut, Khazanah kini mempunyai lima pejabat di seluruh dunia termasuk ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan pejabat-pejabat di Beijing, China dan Mumbai, India.

3. Berkongsi pulangan dan pengagihan kepada pemegang kepentingan

Khazanah turut melaporkan bahawa ia terus berhasil menyampaikan dan mengagihkan nilai kepada pelbagai pihak berkepentingan.

Sepanjang tempoh transformasi sejak 2004, Khazanah telah berjaya mengisytiharkan dan membayar dividen berjumlah RM6.5 bilion. Jumlah tersebut adalah 19 kali lebih besar berbanding RM335 juta yang telah dibayar dalam tempoh 10 tahun pertama operasi Khazanah sejak penubuhannya pada 1994. Secara keseluruhannya, dividen dan cukai yang dibayar dalam tempoh 10 tahun sejak 2004 berjumlah RM7.8 bilion, iaitu 10.9 kali lebih tinggi daripada RM718 juta yang dibayar dalam 10 tahun sebelumnya.

Sebagai proksi kepada semua syarikat-syarikat pelaburan Khazanah, tujuh buah syarikat Khazanah1 dalam indeks “G20” bagi GLC utama di bawah Program Transformasi GLC (dikenali sebagai “K7”), sepanjang tempoh 2004 hingga 2012 telah membayar sejumlah RM23 bilion dalam bentuk cukai (yang mana RM18 bilion daripadanya dibayar di Malaysia) dan RM38 bilion dalam bentuk dividen (yang mana RM26 bilion daripadanya dibayar kepada entiti berkaitan Kerajaan Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan.

Khazanah terus aktif dalam agenda CRnya melalui lima bidang teras – i) Pendidikan ii) Pembangunan Masyarakat, iii) Alam Sekitar, iv) Seni, Warisan & Budaya serta v) Pengetahuan. Dalam bidang-bidang teras ini, Khazanah akan menyokong program-program yang memperkasakan masyarakat, menggalakkan keterangkuman sosial dan meningkatkan persekitaran tempatan. Sejak tahun 2006, Khazanah telah menyumbang RM336 juta bagi menyokong pelbagai inisiatif CR.

Kumpulan pemegang berkepentingan lain, termasuk pekerja, pembekal dan pelanggan, terutamanya di Malaysia dan di negara-negara yang mana Khazanah beroperasi telah turut menerima manfaat daripada kemajuan ini menerusi pelbagai saluran pengagihan dan perkongsian.

4. Kelestarian dan penginstitusian

Sementelah Khazanah bersyukur dan memperakui bahawa kemajuan mantap yang dicapai dalam tempoh 20 tahun semenjak penubuhannya dan sepuluh tahun terakhir program transformasi dan program pembaharuan, ia sedar akan keperluan untuk terus membina kapasiti dan penginstitusian bagi memungkinkan pembinaan nilai dalam semua bidang dan untuk menyokong agenda pembangunan negara yang lebih luas.

Dalam hal ini, 2013 telah menyaksikan kemajuan yang berterusan dalam program penginstitusian Khazanah yang antara lainnya, Khazanah terus mengukuhkan dan membina barisan kepimpinan pelapis, modal insan dan budaya korporat; dalam memperbaiki sistem, kawalan, dan keupayaan pengurusan risiko; dan dalam memperdalamkan lagi pengurusan pengetahuan dan program pembangunan termasuk menaik taraf bahagian penyelidikannya yang kini menjadi Khazanah Research Institute.

Selain itu, Khazanah juga mengumumkan pembentukan sebuah entiti berkaitan, Yayasan Hasanah pada Disember 2013, untuk menggabungkan dan meningkatkan kerja-kerja dalam bidang CR termasuk bidang pendidikan, pembangunan komuniti, alam sekitar, seni dan warisan serta pembangunan pengetahuan.

Sebagai kedua-dua cabang pelaburan strategik negara dan agensi kebangsaan, Khazanah juga akan terus memainkan peranannya dalam menyokong inisiatif transformasi dan agenda pembangunan negara.

TAMAT

1. Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, CIMB Group Berhad, UEM Group Berhad, Axiata Group Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Malaysian Airline System Berhad.



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya