Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

3 Julai 2015

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar dilantik Ahli Lembaga Pengarah Khazanah

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya. Pelantikan tersebut telah dilakukan di Mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah ke-75 pada 23 Jun 2015.

Tan Sri Dr. Mohd Irwan kini adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia. Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula pada 1984 apabila beliau menyertai perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Ekonomi Wilayah, Unit Perancangan Ekonomi (“EPU”) di Jabatan Perdana Menteri. Di EPU, beliau telah menyandang pelbagai jawatan sebelum menyertai Kementerian Kewangan sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, pada 2003. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 24 Ogos 2012.

Tan Sri Dr. Mohd Irwan juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa institusi utama termasuk Petroliam Nasional Berhad (“Petronas”), Lembaga Tabung Haji, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (“MRT Corp”) dan Bank Negara Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberview Sdn. Bhd. dan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (“MaGIC”).

Tan Sri Dr. Mohd Irwan berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ijazah sarjana sains dalam Pengurusan dan Polisi berkaitan Tenaga daripada University of Pennsylvania dan ijazah sarjana muda (kepujian) dalam Pengajian Penduduk daripada Universiti Malaya.

TAMAT

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Raslan Md Sharif di talian Tel +603 2034 000 atau e-mel [email protected].

Tentang Khazanah Nasional

Khazanah Nasional Berhad adalah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menguruskan aset-aset komersial milik Kerajaan dan melaksanakan pelaburan-pelaburan strategik. Khazanah terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah & pelancongan, hartanah kreatif & media, pendidikan dan inovasi & teknologi. Antara syarikat tersenarai utama di bawah portfolio pelaburan Khazanah adalah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Khazanah, sila lawati www.khazanah.com.my



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya