Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad mengenai Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025

19 Oktober 2024

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Parlimen hari ini, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal dan pertumbuhan seimbang, sambil memperkukuhkan daya tahan Malaysia terhadap ketidaktentuan global.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dan syarikat-syarikat portfolio kami kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh ini, selaras dengan strategi Khazanah iaitu ‘Memajukan Malaysia’. Sejajar dengan ini, kami akan terus memacu peruntukan modal yang strategik, membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi, memperkasa syarikat permulaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), memperjuangkan kelestarian, dan melaksanakan inisiatif CSR yang bermakna.

Ini termasuk, seperti yang dinyatakan dalam ucapan Belanjawan, komitmen RM1 bilion kami kepada National Fund-of-Funds (NFOF) yang bertujuan untuk menyokong pertumbuhan dana modal teroka di Malaysia, komitmen RM1 bilion untuk mengukuhkan industri semikonduktor Malaysia selaras dengan inisiatif GEAR-uP oleh Kementerian Kewangan, komitmen RM1 bilion untuk membangunkan Syarikat Peringkat Pertengahan di Malaysia, dan menyokong agenda budaya dan warisan Malaysia melalui pemulihan tapak warisan ikonik seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan bangunan Carcosa Seri Negara.

Selain itu, menyedari kepentingan pembangunan modal insan, Khazanah akan melabur RM200 juta dalam Program Pembangunan Belia K-Youth, mewujudkan peluang untuk 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama seperti semikonduktor.

Tambahan lagi, Khazanah kekal komited untuk memajukan pertumbuhan mampan selaras dengan agenda Kerajaan berkenaan kelestarian dan peralihan tenaga. Melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan UEM Lestra Berhad, kami akan melabur untuk menaik taraf rangkaian penghantaran dan pengagihan serta berusaha mempercepatkan penyahkarbonan taman perindustrian di Malaysia.

Secara keseluruhan, Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 mengukuhkan tumpuan kerajaan terhadap kelestarian fiskal, pertumbuhan inklusif dan dasar transformasi ekonomi, mencapai keseimbangan yang tepat untuk memperkukuhkan daya tahan Malaysia di tengah-tengah ketidaktentuan global. Ini selaras dengan matlamat Khazanah untuk menyampaikan nilai mampan bagi negara.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) Melaksanakan Gaji Ke...

Selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI untuk Menaikkan Siling dan Menaikkan Lantai bagi Meningkatkan Taraf Hidup, Kesejahteraan dan Produktiviti Pekerja...

1 Mei 2025 Selanjutnya

Khazanah dan INCJ Umum Urusniaga Strategik dalam EDOTCO Group

Khazanah dan Innovation Network Corporation of Japan (“INCJ”) mengumumkan bahawa Khazanah akan memperoleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO, mencerminkan hubungan...

14 Mac 2025 Selanjutnya

Keuntungan rm5.1 bilion daripada operasi pada 2024, prestasi kukuh ...

Khazanah terus mencipta nilai jangka panjang, memangkin inovasi dan menyampaikan hasil sosio-ekonomi Sorotan 2024 Keuntungan RM5.1b daripada operasi Kadar Pulangan...

5 Februari 2025 Selanjutnya