Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

25 Februari 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad berkaitan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI

Belanjawan 2023 Malaysia MADANI telah dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di Parlimen pada hari ini dalam keadaan ketidaktentuan dan cabaran yang berterusan merentasi landskap global, dengan inflasi yang berterusan, kesan residual pandemik Covid-19 dan risiko geopolitik yang memberi tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi.

Belanjawan ini selari dengan usaha kerajaan dalam memacu ekonomi Malaysia dengan meningkatkan pelaburan dan menarik aliran masuk ke negara ini, meringankan beban daripada kos sara hidup yang tinggi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menambah baik infrastruktur awam, selaras dengan aspirasi ‘Malaysia MADANI’.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dan syarikat-syarikat pelaburan kami bersedia untuk melaksanakan pelbagai inisiatif seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 untuk membantu mengemudi negara ke arah masa depan yang positif untuk segenap rakyat Malaysia, selari dengan strategi jangka panjang Khazanah untuk Memajukan Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada strategi Memajukan Malaysia, Khazanah telah memperuntukkan RM6 bilion kepada Dana Impak, yang bertujuan untuk membina daya saing ekonomi dan meningkatkan daya tahan negara serta menyampaikan faedah sosioekonomi kepada rakyat. Melalui Dana Impak, Khazanah berharap dapat memainkan peranan penting, bersama-sama dengan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) lain, dalam membiayai syarikat permulaan (start-up) pertumbuhan tinggi di Malaysia untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi di negara ini. Di samping itu, Khazanah mengesahkan komitmen kami terhadap ekonomi hijau dan telah memperuntukkan RM150 juta untuk memacu pembangunan projek kredit karbon berasaskan alam semula jadi Malaysia yang bertujuan untuk memelihara hutan semula jadi dan biodiversiti, di samping menyokong usaha peralihan sifar bersih Malaysia.

Khazanah, sebagai pelabur utama di Iskandar Malaysia di Johor, mengalu-alukan cadangan Kerajaan untuk mengukuhkan pembangunan Iskandar melalui penetapan Zon Khas Kewangan. Inisiatif ini akan menyediakan persekitaran perniagaan yang kompetitif untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan pekerja berpengetahuan ke Malaysia.

Bersama-sama dengan GLIC yang lain, Khazanah terus menyumbang kepada masyarakat dengan menyokong kumpulan yang terdedah (vulnerable groups) dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Susulan pembukaan semula ekonomi, kerajaan memperuntukkan RM30 juta lagi untuk merancakkan aktiviti ekonomi terutamanya bagi komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kelolaan Yayasan Hasanah.

Dalam memelihara warisan negara Malaysia, Khazanah akan mengetuai pembentukan Tabung Warisan Negara untuk menarik penyertaan sektor swasta. Tabung Warisan Negara ialah inisiatif perkongsian awam-swasta yang bertujuan untuk memulihkan dan memperbaharui bangunan warisan bersejarah, termasuk pembangunan semula Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Sri Negara yang bakal dilaksanakan dengan kerjasama ThinkCity, sebuah entiti perundingan dan penyampaian projek diasaskan oleh Khazanah. Memandangkan nilai sejarah bangunan warisan yang tinggi, usaha pemeliharaan ini akan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur lebih ‘vibrant’ dan menghubungkan orang ramai daripada pelbagai latar belakang melalui perasaan bangga kepada negara dan nilai budaya yang dikongsi bersama.

Secara keseluruhannya, Belanjawan 2023 Malaysia MADANI akan menyokong Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih kukuh dengan memupuk keterangkuman, daya saing dan kemampanan yang selaras dengan mandat Khazanah untuk menyampaikan nilai ekonomi yang mampan dan penciptaan nilai kemasyarakatan untuk negara.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya