Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

13 Jun 2017

Khazanah bakal terbit tranche kedua Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI)

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) hari ini mengumumkan akan menerbitkan tranche kedua Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (“SRI”) bernilai RM100 juta melalui syarikat tujuan khas bebas, Ihsan Sukuk Bhd. Sukuk SRI ini telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lanjutan daripada terbitan pertama Sukuk SRI bernilai RM100 juta yang telah memenangi pelbagai anugerah pada tahun 2015, hasil daripada terbitan tranche kedua sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pelaksanaan sekurang-kurangnya 20 buah lagi sekolah baharu bawah Program Sekolah Amanah Yayasan Amir (“YA”). YA adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang telah ditubuhkan oleh Khazanah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan melalui kerjasama sektor awam-swasta bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada akhir tahun 2016, Program Sekolah Amanah telah dilaksanakan di 83 buah sekolah di 10 buah negeri, yang memberi manfaat kepada kira-kira 65,000 pelajar di seluruh negara.

Sukuk SRI ini adalah sebahagaian daripada usaha berterusan Khazanah untuk menjana inovasi dalam bidang kewangan Islam sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam global. Sebahagian daripada tranche kedua Sukuk SRI RM100 juta ini akan mumpunyai bahagian runcit bagi memberi peluang kepada orang perseorangan untuk terlibat dalam menyokong pelaksanaan Program Sekolah Amanah seterusnya. Struktur unik pulangan yang berkurang serta pilihan untuk melepaskan pelaburan pokok Sukuk SRI ini membolehkan para pelabur membuat sumbangan secara berperingkat serta menderma kepada Program Sekolah Amanah.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani: “Malaysia sekarang berada di barisan hadapan dalam Kewangan Islam melalui usaha-usaha badan kawal selia, sokongan padu daripada institusi dan sektor korporat, termasuklah Khazanah dan juga semangat inovasi dalam sektor kewangan Islam. Sukuk SRI Khazanah ini terus dapat membantu untuk memperkukuhkan kedudukan negara, selain membuka lembaran baharu dalam pasaran modal Malaysia melalui pembiayaan beretika dan berimpak sosial”.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar: “Selepas kejayaan Sukuk SRI pertama, Khazanah maju selangkah lagi ke hadapan dengan menerbitkan tranche kedua sukuk berkenaan untuk terus menyokong Program Sekolah Amanah. Pada masa yang sama, Khazanah terus menyumbang kepada pembangunan sektor kewangan Islam menerusi kaedah yang kami yakin adalah kewangan sebenar yang mana pembiayaan berkait rapat dengan aktiviti yang meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat. Untuk tranche kedua ini, Khazanah juga akan memulakan kempen pembiayaan-awam yang mana orang ramai dapat memberikan sokongan masing-masing kepada YA.”

Struktur Sukuk SRI ini berlandaskan prinsip syariah Wakalah Bi Al-Istithmar. CIMB Investment Bank Berhad (“CIMB”) bertindak sebagai pengatur tunggal sementara Maybank Investment Bank dan RHB Investment Bank merupakan Pengurus Akuan Bersama dan Pengurus Utama Bersama untuk Sukuk SRI ini.



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya