Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

27 Jun 2023

Khazanah teraju platform pelaburan hijau untuk menarik pelaburan langsung baharu ke Malaysia

Platform akan digerakkan UEM Group yang menyasarkan pelaburan dalam sektor hijau, kerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan antarabangsa berpotensi untuk membangunkan juara-juara domestik dan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) akan menerajui inisiatif pembangunan negara melalui platform pelaburan hijau baharu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Platform pelaburan hijau itu, yang bertujuan untuk menarik pelaburan domestik dan luar negara, akan digerakkan UEM Group Berhad (“UEM Group”), anak syarikat milik penuh Khazanah. Platform ini akan menyasarkan pelaburan dan pembinaan perniagaan dalam sektor hijau seperti tenaga boleh diperbaharui & storan, teknologi bangunan hijau & kecekapan tenaga, dan ekosistem e-mobiliti.

Selaras dengan strategi Memajukan Malaysia (Advancing Malaysia) Khazanah dan sebahagian daripada inisiatif pembangunan negara dan penciptaan nilai, platform tersebut dapat memenuhi mandat sosial, strategik dan kewangannya. Rancangan Khazanah melalui platform itu adalah untuk memacu agenda penyahkarbonan negara di samping meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dalam sektor hijau dalam jangka masa panjang. Platform itu juga diharapkan dapat membuka kunci nilai dalam portfolio sedia ada milik Khazanah dan mencapai pulangan komersial dengan membangunkan aset permulaan melalui pelaburan baharu dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang berpotensi tinggi.

Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir berkata, “Visi kami adalah pembangunan platform pelaburan hijau yang berdaya saing di peringkat global di rantau ini, dengan pendekatan pemilikan langsung dan aktif. Ini akan dijalankan secara berperingkat dengan objektif permulaan jangka pendek untuk mewujudkan juara-juara domestik hijau di negara ini, diikuti dengan matlamat jangka sederhana untuk mewujudkan platform yang berdaya saing di peringkat serantau.”

“Platform itu akan menjadi sebahagian penting daripada inisiatif pembangunan negara dan penciptaan nilai kami, yang bertujuan untuk memacu agenda penyahkarbonan Malaysia dan kemampuan ekonomi, sambil membina keupayaan industri hijau negara dan meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia untuk menyokong dan memperkuatkan industri-industri ini, dalam menuju ke arah ekonomi baharu.”

Khazanah melalui UEM Group akan melancarkan strategi komprehensif dalam masa terdekat, yang menggariskan rancangan pelaburan strategik serta perkongsian dan kerjasama dengan entiti tempatan dan asing, termasuk pendekatan yang dirancang untuk menarik pelaburan hijau bagi mewujudkan ekosistem ekonomi hijau yang bertenaga dan dinamik.

“Kami mahu menyumbang ke arah aspirasi kerajaan dalam mewujudkan Malaysia sebagai pusat ketersambungan dan integrasi elektrik ASEAN untuk memudahkan perkongsian sumber tenaga boleh diperbaharui, meningkatkan pelaburan dan menggalakkan pembangunan mampan di rantau ini melalui penyatuan usaha daripada syarikat-syarikat kami,” tambah Dato’ Amirul Feisal.

END



Siaran Akhbar Lain
7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya  

25 Julai 2023

Permohonan untuk menyertai Cabaran Impak Inovasi K...

Selanjutnya  

13 Julai 2023

Syarikat Modal Teroka Global Antler Jalin Kerjasam...

Selanjutnya  

27 Jun 2023

Khazanah teraju platform pelaburan hijau untuk men...

Selanjutnya  

6 Jun 2023

Khazanah melabur dalam syarikat teknologi insurans...

Selanjutnya