Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

6 April 2020

Khazanah sumbang RM20 juta untuk bantu usaha menangani COVID-19

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia akan menyumbang RM20 juta bagi membantu usaha melawan penularan wabak COVID-19.

Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) (“GDRN”) yang kini sedang menyelaraskan usaha bantuan GLC dan GLIC kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) serta kumpulan lain yang mempunyai keperluan mendesak. GDRN diuruskan oleh sekretariat bersama yang diketuai oleh Yayasan Hasanah (sebuah yayasan milik Khazanah) dan Telekom Malaysia Berhad.
Sehingga kini, GLIC, GLC serta syarikat-syarikat swasta lain telah menyumbang sejumlah RM51.5 juta menerusi GDRN. Jumlah tersebut tidak termasuk sumbangan RM20 juta daripada Khazanah. Dana tersebut digunakan untuk menyokong KKM dalam pembelian bekalan perubatan serta membiayai pelbagai bantuan kemanusiaan yang berkaitan.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Khazanah, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata: “Saya telah menggesa GLIC dan GLC untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dan menjadi contoh kepada syarikat dan industri lain dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat membantu rakyat yang menghadapi kesukaran semasa penularan wabak COVID-19. Sumbangan syarikat-syarikat ini adalah sebahagian daripada usaha bersepadu peringkat kebangsaan bagi menangani impak wabak ini serta membantu golongan yang terjejas.”

Selain daripada sumbangan RM20 juta tersebut, kakitangan Khazanah turut menyumbang secara peribadi menerusi inisiatif kutipan derma bagi menyokong usaha bantuan tindakan COVID-19 yang dijalankan oleh MERCY Malaysia dan Malaysian Relief Agency (“MRA”). Sumbangan kakitangan Khazanah dibuat menerusi potongan gaji secara sukarela serta sumbangan kakitangan secara langsung kepada kedua-dua entiti berkenaan.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata: “Khazanah amat menghargai inisiatif gigih Kerajaan, GDRN dan semua pihak yang terlibat dalam usaha melawan COVID-19, terutamanya dedikasi dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh mereka yang berada di barisan hadapan. Sebagai sebuah organisasi dan kakitangan individu, kami bersyukur kerana dapat turut menyumbang kepada usaha menangani wabak tersebut. Sebahagian besar daripada kakitangan kami telah menyumbang sebahagian daripada gaji bulanan mereka untuk membantu usaha ini dan saya terus menggalakkan orang ramai untuk turut serta menyumbang sekiranya mampu berbuat demikian.”

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari berkata: “Kami sangat terharu dengan sokongan banyak pihak yang telah menyumbang kepada usaha yang diterajui oleh GDRN bagi menyalurkan bantuan dan sokongan untuk KKM serta bantuan kemanusiaan lain dalam cara yang terselaras dan tersusun. Kami berharap semangat kerjasama dan kolektif ini akan terus memberi impak bermakna terhadap usaha keseluruhan untuk menangani COVID-19.”

Sejumlah 28 organisasi yang terdiri daripada GLIC, GLC dan syarikat swasta telah menyumbang kepada GDRN. Daripada jumlah sumbangan RM51.5 juta yang berjaya dikumpul setakat ini, RM42.6 juta telah diperuntukkan untuk pembelian bekalan perubatan bagi KKM manakala RM8.9 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai bantuan kemanusiaan serta bantuan lain berkaitan.

TAMAT
 



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya