Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

19 April 2016

Kenyataan Khazanah berkaitan peletakan jawatan CEO MAB

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) telah dimaklumkan oleh Lembaga Pengarah Malaysia Airlines Berhad (“MAB”) bahawa Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Christoph Mueller akan melepaskan jawatan eksekutif yang dipegangnya pada September 2016. Hal ini turut dibincangkan dan diambil maklum oleh Lembaga Pengarah Khazanah yang bersidang pada hari ini.

Sungguhpun khidmat Mueller masih diperlukan bagi meneruskan rancangan penstrukturan semula MAB yang telah dirancang, Khazanah menghormati dan akur dengan keputusan beliau untuk meninggalkan syarikat penerbangan negara tersebut lebih awal daripada tempoh kontrak tiga tahun beliau atas sebab peribadi.

Khazanah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Mueller atas segala sumbangan beliau kepada MAB. Sepanjang tempoh beliau menerajui MAB, Mueller, yang bertanggungjawab untuk menstruktur semula syarikat penerbangan negara tersebut serta mempersiapkan bakat tempatan untuk mengambil alih kepimpinan pada masa hadapan, telah berjaya meningkatkan prestasi syarikat.

Mueller telah berjaya meletakkan asas yang kukuh, membina pasukan pengurusan yang kuat dan memperkenalkan beberapa inisiatif penting yang telah mula menunjukkan hasil yang menggalakkan dalam usaha untuk memulihkan MAB, seperti yang terkandung dalam 12 perkara bawah Pelan Pemulihan MAS (“MRP”)

Khazanah juga ingin merakamkan ucapan penghargaan atas komitmen Mueller untuk memastikan proses peralihan yang teratur dengan meneruskan tanggungjawab beliau sebagai CEO selama tempoh enam bulan sehingga September 2016 dan seterusnya kekal sebagai pengarah bukan eksekutif MAB bagi memastikan kelancaran peralihan kepimpinan serta menyumbang kepada pelaksanaan MRP.

Khazanah yang merupakan pemegang saham tunggal MAB, dengan sokongan Lembaga Pengarah MAB dan Kerajaan, menerusi Menteri Kewangan, akan melaksanakan rancangan peralihan untuk CEO baharu MAB. Menurut peruntukan serta syarat yang terkandung dalam MRP, sebarang keputusan mengenai pelantikan CEO baharu akan dilakukan setelah perbincangan serta kelulusan sewajarnya diperolehi sebelum tamatnya tempoh perkhidmatan Mueller pada September 2016.

Setelah 20 bulan pelancarannya pada Ogos 2014, pelaksanaan MRP kini berada pada landasan yang betul dan mengikut jadual. Pelbagai pencapaian telah dilakar sepanjang tempoh tersebut dan Mueller telah banyak menyumbang kepada kemajuan yang dicatat setakat ini. Beliau juga telah membantu meletakkan asas yang kukuh bagi proses pemulihan yang berterusan. Sehubungan itu, Khazanah akan terus menyokong dan memacu usaha pemulihan selanjutnya dalam baki 40 bulan akan datang.

TAMAT

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Raslan Md Sharif di talian Tel +603 2034 000 atau e-mel [email protected].



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya