Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

10 Jun 2014

Khazanah terbit Laporan Khazanah 2013

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan penerbitan Laporan Khazanah 2013 (“TKR 2013”) yang menyajikan gambaran menyeluruh tentang Khazanah dalam peranan yang dimainkannya sebagai dana pelaburan strategik milik Kerajaan.

Khazanah telah mengekalkan “Membina Nilai Sejati” sebagai tema laporan pada tahun ini, tema sama yang digunakan dalam laporan sulungnya pada 2013. TKR 2013 mengandungi maklumat tentang matlamat, strategi dan visi Khazanah dalam melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Kerajaan serta prestasi kewangan dan strategiknya. Laporan setebal 120 muka surat tersebut turut mengandungi maklumat berkaitan prestasi kewangan Khazanah yang telah diaudit, nilai portfolio yang menurut pasaran dan maklumat penting berkaitan Khazanah serta beberapa kajian kes terpilih yang menyerlahkan aspek strategik, pembangunan dan keterangkuman dalam pelaksanaan tanggungjawabnya. Selain itu, laporan tersebut juga mendedahkan strategi pelaburan Khazanah dan sumbangannya kepada beberapa inisiatif transformasi peringkat nasional yang utama.

Sempena ulang tahun operasinya yang ke-20, TKR2013 turut berkongsi dengan para pembaca bingkisan kisah dan anekdot daripada beberapa tokoh-tokoh yang telah terlibat dengan Khazanah dalam beberapa tempoh yang berbeza sejak 1994, termasuk daripada bekas pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengarah urusan sehingga kepada barisan kakitangan masa kini. Selain itu, laporan tersebut turut mempeincikan maklumat aktiviti-aktiviti utama Khazanah sepanjang tempoh tersebut.

Pencapaian utama yang diserlahkan dalam laporan ini termasuk:

  • Nilai Aset Boleh Direalisasi (“RAV”) meningkat 11.1% kepada RM135.1 bilion pada 31 Disember 2013 daripada RM121.5 bilion pada 31 Disember 2012. Dalam tempoh 10 tahun sejak bermulanya rombakan Khazanah pada Mei 2004, RAV meningkat 164.8% daripada RM50.9 bilion.

  • Nilai Bersih Diselaraskan (“NWA”) meningkat 19.1% kepada RM103.5 bilion pada 31 Disember 2013 daripada RM86.9 bilion pada 31 Disember 2012. Bagi tempoh daripada Mei 2004 hingga 2013, NWA meningkat tiga kali ganda daripada RM33.3 bilion atau kira-kira 12.5% Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (“CAGR”) setahun.

  • Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) berjumlah RM3.1 bilion bagi tahun berakhir 31Disember 2013, sekali gus membolehkannya mencadangkan dividen berjumlah RM650 juta bagi tahun ini. Dari Mei 2004 hingga akhir 2013, jumlah keuntungan sebelum cukai terkumpul ialah RM19.1 bilion, jumlah cukai yang dibayar RM1.2 bilion dan jumlah dividen yang diisytiharkan ialah RM6.5 bilion. Jumlah ini, masing-masing adalah 3.8 kali ganda, 2.8 kali ganda dan 21.3 kali ganda PBT terkumpul, cukai yang dibayar terkumpul dan dividen diisytiharkan terkumpul dalam tempoh 10 tahun sebelumnya iaitu antara 1994 dan 2003.

Penerbitan TKR 2013 adalah sebahagian daripada usaha berterusan Khazanah untuk mendedahkan serta menyebarkan maklumat mengenai operasi dan prestasinya, demi kepentingan akauntabiliti awam, ketelusan dan tadbir urus yang baik. TKR2013 turut menerbitkan beberapa bahagian khas termasuk tiga kajian kes yang menyerlahkan peranan yang dimainkan oleh Khazanah dalam penyusunan semula kumpulan United Engineers (M) Bhd-Renong Bhd berikutan Krisis Kewangan Asia 1997; pelaburan Khazanah dalam sektor penjagaan kesihatan sejak 2005; dan usaha Khazanah untuk mengintegrasikan keterangkuman dalam aktiviti pelaburannya.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Dato ’ Azman Mokhtar berkata: “Kami berharap Laporan Khazanah ini akan sekali lagi memenuhi objektif utamanya iaitu sebagai saluran maklumat terkini yang menyeluruh mengenai operasi, aktiviti dan prestasi Khazanah yang dipersembahkan secara informatif, mudah diperolehi dan sumber rujukan untuk semua pemegang kepentingan kami.

“Tahun ini merupakan tahun yang penting buat kami oleh kerana ia merupakan ulang tahun Khazanah ke-20 sejak kami bermula pada Mei 1994. Walaupun TKR2013 menyerlahkan aktiviti Khazanah pada tahun lepas, laporan ini turut berkongsi dengan para pembaca sejarah perjalanan Khazanah sepanjang dua dekad yang lepas. “Membina Nilai Sejati” kekal sebagai prinsip asas yang mendorong dan seterusnya menjadi matlamat aspirasi serta ikrar kami kepada 30 juta rakyat Malaysia yang merupakan pihak berkepentingan kami yang utama.”

TKR2013 saling melengkapkan pelbagai terbitan dan pendedahan maklumat lain oleh Khazanah setiap tahun termasuk Ulasan Tahunan Khazanah, Laporan Tanggungjawab Korporat Khazanah, akaun kewangan berkanun dan Laporan Kemajuan Program Transformasi GLC yang diterbitkan oleh Khazanah selaku urusetia Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (“PCG”).

TKR 2013 boleh dimuat turun dari laman web Khazanah di www.khazanah.com.my.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya