Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

30 Julai 2024

Khazanah Nasional selesaikan pengambilalihan MAVCAP dan Penjana Kapital, satu langkah dalam memperkukuh ekosistem modal teroka Malaysia

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional (“Khazanah”) hari ini mengumumkan penyelesaian pengambilalihan Malaysia Venture Capital Management (“MAVCAP”) dan Penjana Kapital (“PK”).

Pengambilalihan strategik ini merupakan salah satu mandat Bajet Malaysia MADANI 2024 yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekosistem modal teroka (“VC”) Malaysia dan menambah baik institusi awam. Pengambilalihan ini dijangka akan meningkatkan koordinasi dan pemusatan sumber kerajaan, memudahkan usaha untuk memajukan ekosistem syarikat pemula Malaysia serta memperkukuhkan daya saing ekosistem syarikat pemula pada peringkat serantau.

Susulan pengambilalihan ini, MAVCAP dan PK kini menjadi anak syarikat Khazanah sepenuhnya. Pengambilalihan ini akan diikuti dengan penubuhan sebuah National Fund-of-Funds (“NFOF”) dengan peruntukan awal sebanyak RM1 bilion untuk dilabur dalam syarikat pemula yang berinovatif dan mempunyai pertumbuhan tinggi melalui dana VC dan ekuiti persendirian (“PE”).

Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir berkata, “Integrasi MAVCAP dan PK memberi peluang kepada NFOF untuk meneruskan usaha membangunkan ekosistem melalui asas-asas kukuh yang telah dibina oleh kedua-dua entiti di samping melaksanakan inisiatif baru yang bertujuan memperkukuhkan lagi ekosistem VC Malaysia. Dengan memusatkan dan mengukuhkan platform-platform pelaburan merentasi pelbagai agensi pelaburan, Malaysia akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk memastikan kemampanan pembiayaan, menarik modal swasta, menarik firma VC serantau ke negara ini, dan merangsang sektor-sektor strategik negara.

“Dalam masa yang sama, penubuhan NFOF ini selari dengan inisiatif Future Malaysia Programme Khazanah yang bertujuan untuk menyokong ekosistem usahawan syarikat pemula tempatan, syarikat pemula, VC, dan program modal teroka korporat melalui kerjasama dengan rakan-rakan domestik dan antarabangsa.”

Khazanah yakin bahawa pengalaman dan sumber kolektif daripada MAVCAP dan PK akan meningkatkan akses kepada modal bagi syarikat pemula, memacu inovasi dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Ini seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk ‘meningkatkan siling’ melalui industri yang dipacu oleh inovasi digital dan menyokong syarikat berpertumbuhan tinggi untuk menjadi juara serantau.

Di samping itu, inisiatif ini adalah salah satu tonggak utama visi Malaysia untuk menjadi hab modal teroka serantau pilihan menjelang 2030, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia 2024-2030 (“MVCR”) dan Kertas Tindakan KL20.

“Kami mengiktiraf sumbangan dan komitmen MAVCAP dan PK. Visi dan dedikasi mereka terhadap ekosistem VC selama ini sangat berharga, dan kami berharap untuk menggabungkan kekuatan serta pengalaman mereka untuk mencapai visi bersama Memajukan Malaysia,” ujar Amirul Feisal.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
30 Julai 2024

Khazanah Nasional selesaikan pengambilalihan MAVCA...

Selanjutnya  

15 Mei 2024

Konsortium diterajui Khazanah dan KWSP umum tawara...

Selanjutnya  

11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya