Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

28 April 2014

Khazanah muncul pelabur utama dalam syarikat pemaju perumahan di Filipina, 8990 Holdings, Inc

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), melalui Syarikat Tujuan Khasnya (“SPV”), Pasir Salak
Investments Ltd, telah memeterai Perjanjian Pelaburan Utama untuk terbitan saham yang bakal dilaksanakan oleh 8990 Holdings, Inc (“8990 Holdings”), sebuah syarikat pemaju perumahan besar-besaran di Filipina. Khazanah akan melabur sejumlah PHP2,925 juta (kira-kira RM215 juta1) untuk menguasai kira-kira 8% kepentingan dalam 8990 Holdings2.

Pelaburan tersebut menandakan kemasukan Khazanah ke Filipina yang akan memberi peluang kepadanya untuk memanfaatkan pertumbuhan unik negara berkenaan. 8990 Holdings merupakan salah sebuah syarikat pemaju perumahan unggul dalam segmen perumahan rakyat yang mempunyai permintaan tinggi di Filipina. Syarikat tersebut telahpun menjual kira-kira 26,000 unit rumah, termasuk kediaman yang telah siap serta projek-projek yang kini sedang disiapkan.

Dengan tumpuan diberikan kepada perumahan sosial dan perumahan ekonomi[3], projek-projek yang dikendalikan oleh 8990 Holdings adalah bagi memenuhi permintaan golongan yang berpendapatan rendah. Syarikat tersebut mempunyai projek-projek perumahan di seluruh Filipina, termasuk di Cebu, Davao, Iloilo, Cavite dan Pampanga. 8990 Holdings yang tersenarai di Bursa Saham Filipina kini dalam proses menawarkan saham susulan bagi mengumpul dana untuk membiayai perkembangan operasi pada masa depan.

Dengan rekod prestasi yang baik, 8990 Holdings dijangka mampu membantu menangani masalah kekurangan perumahan mampu milik di Filipina pada masa ini melalui penyediaan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dengan menggabungkan kaedah pembinaan pantas, program pembiayaan yang mampu dimiliki serta pengurusan yang menyeluruh.

Keputusan Khazanah untuk melabur dalam 8990 Holdings memberi peluang kepadanya untuk menimba pengalaman yang dapat digunakan dalam pembangunan perumahan mampu milik di Malaysia secara khususnya dan di rantau ini secara amnya.

TAMAT

1. Kadar pertukaran matawang asing MYR1.00 = PHP13.63

2. Pemikilan bergantung kepada harga saham sebenar yang akan ditentukan melalui proses pembentukan buku

3. Menurut Majlis Penyelarasan Perumahan dan Pembangunan Bandar Filipina (HUDCC), kediaman perumahan social dijual pada harga sehingga PHP450,000 (kira-kira RM33,000) sementara kediaman perumahan ekonomi pula dijual pada harga antara PHP450,001 dan PHP1.25 juta (antara RM33,000 hingga RM92,000)



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya