Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

20 Januari 2014

Khazanah mengumumkan penambahan dan perubahan pada Barisan Kepimpinan Kanan

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) hari ini mengumumkan beberapa penambahan dan perubahan kepada Barisan Kepimpinan Kanannya (“SLT”), iaitu:

  1. Datuk Ganen Sarvananthan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Bahagian Pelaburan akan meninggalkan Khazanah apabila kontrak pekerjaan beliau tamat pada tahun ini. Datuk Ganen akan menyertai firma pelaburan global TPG Capital sebagai Rakan Kongsi dan Pengarah Urusan Bahagian Perniagaan Asia firma tersebut, pada 30 April 2014.

  2. Ahmad Zulqarnain Onn akan menyertai Khazanah pada 1 Mei 2014 sebagai Pengarah Eksekutif Bahagian Pelaburan. Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Danajamin Nasional Berhad.

  3. Zaida Khalida Shaari, Pengarah Bahagian Pelaburan akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif Bahagian Pelaburan berkuatkuasa 1 Februari 2014.

  4. Dominic Silva, Pengarah Eksekutif Bahagian Pelaburan akan dilantik sebagai Ketua Bahagian Pelaburan berkuatkuasa 1 Februari 2014.

Kesemua perubahan dan pelantikan yang dinyatakan ini adalah sebahagian daripada usaha pengukuhan berterusan dan berkala barisan kepimpinan kanan Khazanah. Perubahan ini berikutan perubahan yang berlaku pada tahun lepas yang menyaksikan Dr Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Eksekutif dan Ketua Bahagian Penyelidikan dan Strategi Pelaburan Khazanah dilantik sebagai Pengarah Urusan, Prokhas Sdn. Bhd, sebuah unit di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, pada 1 September 2013, dan pelantikan Dato’ Charon Wardini Mokhzani sebagai Pengarah Eksekutif Khazanah dan Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah (“KRiS”) pada 6 November 2013. KRiS telah mula beroperasi pada 1 Januari 2014.

Datuk Ganen menyertai Khazanah pada Oktober 2004 sebagai Pengarah, Bahagian Pelaburan dan telah berkhidmat lebih daripada sembilan tahun, termasuk dalam peranan yang dimainkan beliau sekarang.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Dato ‘Azman Hj. Mokhtar berkata: “Ganen telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Khazanah sebagai sebuah firma dan institusi. Rakan sekerja, rakan-rakan dan rakan kongsi perniagaan serta syarikat-syarikat pelaburan kami boleh memperakui sumbangan beliau yang menjangkaui kerja berkaitan pelaburan; sebagai anggota penting bagi barisan kepimpinan kanan dan dalam menyokong pelbagai inisiatif dan pembangunan nasional merentasi spektrum mandat Khazanah yang luas.”

Dominic menyertai Khazanah pada Ogos 2008 sebagai Pengarah, Bahagian Pelaburan dan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif, Bahagian Pelaburan pada Mei 2010. Beliau kini bertanggungjawab atas sektor Institusi Kewangan dan Kreatif & Media; pelaburan di rantau India dan juga Unit Pemantauan dan Pengurusan Pelaburan (“IMMU”). Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah CIMB Bank (Malaysia) Bhd, PT Bank CIMB Niaga, IDFC Ltd (India) dan Pinewood Iskandar Malaysia Studios Sdn. Bhd, antara lain. Sebelum menyertai Khazanah, Dominic berkhidmat selama 18 tahun dalam sektor perbankan antarabangsa.

Zaida Khalida Shaari kini memegang jawatan Pengarah, Bahagian Pelaburan di Khazanah. Beliau menyertai Khazanah pada Januari 2007 sebagai Naib Presiden Kanan. Zaida telah memainkan peranan penting dalam pelaburan bersama Khazanah di Singapura serta beberapa usaha niaga dengan rakan-rakan kongsi asing dan domestik di Iskandar. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah bagi beberapa syarikat pelaburan berkaitan Iskandar Malaysia dan Riadah & Pelancongan. Sebelum menyertai Khazanah, Zaida berkhidmat sebagai Setiausaha Syarikat dan Ketua Perundangan di Permodalan Nasional Berhad (“PNB”). Beliau merupakan Peguambela dan Peguamcara bertauliah.

Ahmad Zulqarnain kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Danajamin Nasional Berhad (“Danajamin”). Beliau mempunyai lebih daripada 18 tahun pengalaman dalam perbankan dan korporat, Antara lainnya, ketika berkhidmat di UBS Warburg, Danaharta, CIMB dan kumpulan Symphony. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi dari Harvard University.

Perubahan dan penambahan kepada barisan kepimpinan kanan ini selaras dengan usaha berterusan Khazanah untuk membina sebuah institusi yang kukuh, salah satu tumpuan utama Khazanah ketika ia memasuki tahun kesepuluh program transformasi. Dengan penambahan dan perubahan ini, Barisan Kepimipinan Kanan Khazanah yang diketuai oleh Pengarah Urusan akan bertambah daripada 15 orang pada masa ini kepada 16 orang.

END



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya