Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

17 Januari 2020

KHAZANAH MENGALU-ALUKAN KEPUTUSAN KERAJAAN BERKAITAN PLUS

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) mengalu-alukan keputusan Kerajaan berkaitan PLUS Malaysia Berhad (“PLUS”) yang menyaksikan kadar tol lebuhraya dikurangkan 18% serta Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) kekal sebagai pemegang sahamnya.

Pengurangan kadar tol sebanyak 18% akan melibatkan lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (“NSE”), Lebuhraya Lembah Klang Utara (“NKVE”), Lebuhraya Utara-Selatan Linkaran Tengah (“ELITE”), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (“LPT2”), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (“LINKEDUA”), Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. Kadar tol yang dikurangkan akan dikekalkan sepanjang tempoh konsesi lebuhraya yang akan dilanjutkan selama 20 tahun dari tahun 2038 kepada tahun 2058. Di samping itu, semua pampasan tol yang belum dibayar serta pampasan pada masa depan akan diketepikan, sekali gus memberikan penjimatan keseluruhan berjumlah kira-kira RM42 bilion kepada Kerajaan.

Khazanah akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan dan PLUS bagi inisiatif penstrukturan tol yang diumumkan pada hari ini bagi memastikan ia dilaksanakan dengan berkesan untuk faedah pengguna lebuh raya, sambil mengekalkan kepentingan dan hak semua pihak berkepentingan utama, termasuk pemegang hutang PLUS.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata: “Kami sedar betapa rumitnya untuk memenuhi tuntutan semua pihak berkepentingan utama PLUS, terutamanya rakyat Malaysia. Keputusan untuk mengurangkan kadar tol sambil memberi penjimatan yang ketara kepada Kerajaan merupakan langkah yang penting. Selain itu, keputusan untuk mengekalkan PLUS di bawah penguasaan pemegang saham sedia ada akan dapat memastikan mutu keselamatan, keselesaan serta kemudahan yang kini dinikmati oleh para pengguna akan dapat terus dikekalkan. Langkah seterusnya adalah bagi membincang tentang pelaksanaan insiatif ini dengan semua pihak berkepentingan.”

Khazanah dan PLUS akan mengumumkan butiran lanjut mengenai inisiatif penyusunan semula tol ini selepas mengadakan rundingan selanjutnya dengan Kerajaan dan pihak berkepentingan utama lain.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya  

25 Julai 2023

Permohonan untuk menyertai Cabaran Impak Inovasi K...

Selanjutnya  

13 Julai 2023

Syarikat Modal Teroka Global Antler Jalin Kerjasam...

Selanjutnya  

27 Jun 2023

Khazanah teraju platform pelaburan hijau untuk men...

Selanjutnya  

6 Jun 2023

Khazanah melabur dalam syarikat teknologi insurans...

Selanjutnya