Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

6 Mei 2015

Khazanah terus perkukuh barisan pengurusan kanan

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) hari ini mengumumkan beberapa penambahan dan pertukaran pada barisan kepimpinan kanannya seperti berikut:

  1. Mohamed Nasri Sallehuddin, Pengarah dan Ketua, Perkhidmatan Korporat dan Sokongan (“CSS”) telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan akan terus meneraju bahagian CSS berkuatkuasa 1 April 2015.

  2. Omar Siddiq Bin Amin Noer Rashid akan menyertai semula Khazanah pada 1 Julai 2015 sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan. Beliau kini merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Serantau bagi Teknologi, Media, Telekomunikasi dan Penerbangan di Bahagian Perbankan Pelaburan, Kumpulan CIMB. Beliau pernah bertugas sebagai Pengarah di Khazanah antara 2008 hingga 2010.

  3. Javier Santiso akan menyertai Khazanah pada 1 Ogos 2015 sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan akan ditugaskan di pejabat Khazanah yang bakal dibuka di London. Javier kini adalah Pengarah Urusan, Hal Ehwal Global & Penerokaan Baharu di Telefonica.

  4. Latifah Daud menyertai Khazanah pada 1 April 2015 sebagai Pengarah dan Ketua, Pengurusan Modal Insan Strategik (“SHCM”).

Perubahan dan pelantikan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan berkala Khazanah untuk terus memperkukuhkan lagi pasukan pengurusan kanannya.

Mohamed Nasri Sallehuddin menyertai Khazanah pada 1 September 2009 sebagai Pengarah, Unit Perundangan dan CSS dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah dan Ketua, CSS berkuatkuasa 1 Ogos 2014. Beliau bertanggungjawab menyelia Unit Sokongan Operasi & Pembangunan Korporat CSS (“CDU”) di samping bertindak sebagai penasihat umum dan setiausaha syarikat Khazanah. Pada 2014, Mohamed Nasri telah dianugerahkan “Peguam Dalaman Terbaik Malaysia” di Majlis Anugerah Perundangan Malaysia ALB. Mohamed Nasri berkelulusan ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) dari Aberystwyth University, Wales dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari fakulti perniagaan University of Strathclyde, UK. Beliau telah menyertai Persatuan Kehormat Gray’s Inn sebagai peguam muda pada 1995 dan telah ditauliahkan sebagai peguam bela dan peguam cara di Makhamah Tinggi Malaya pada 1996.

Omar Siddiq Bin Amin Noer Rashid kini adalah Pengarah Urusan dan Ketua Serantau Teknologi, Media, Telekomunikasi dan Penerbangan di Bahagian Perbankan Pelaburan, Kumpulan CIMB. Beliau pernah berkhidmat di Khazanah sebagai Pengarah, Pelaburan selama satu setengah tahun dari 1 Ogos 2008 hingga 28 Februari 2010. Omar berkelulusan Ijazah dalam bidang Ekonomi dari London School of Economics pada 1996.

Javier Santiso kini adalah Pengarah Urusan, Hal Ehwal Global & Penerokaan Baharu di Telefonica yang mana beliau adalah pengasas program Amerigo dan Talentum Startups yang direka untuk meningkatkan ekosistem pemecut di Eropah dan Amerika Latin. Beliau juga adalah Profesor Ekonomi dan Naib Presiden ESADEgeo di ESADE Business School yang mana beliau telah mengetuai penyelidikan dalam bidang dana kekayaan negara dan pasaran baru muncul. Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pengarah dan Ketua Ekonomi di Pusat Pembangunan OECD. Javier pernah menuntut di Sains Po Paris, HEC School of Management Paris, University of Oxford dan Harvard University. Beliau berkelulusan MBA dan PhD dalam bidang Ekonomi dan Kewangan, dengan pengkhususan dalam pasaran baru muncul.

Latifah Daud membawa bersamanya pengalaman luas melebihi 20 tahun dalam bidang sumber manusia di peringkat tempatan dan antarabangsa. Tugasan terakhir beliau sebelum menyertai Khazanah adalah sebagai Pengarah Perjawatan Kanan Asia Pasifik, Honeywell di Shanghai selama kira-kira lapan tahun. Sebelum itu, Latifah pernah bertugas di Freescale Semiconductor/ Motorola Malaysia, Kumpulan Renong/ Hatibudi Nominees dan Arab-Malaysian Merchant Bank. Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Komputer dari Southern Illinois University, Amerika Syarikat.

Perubahan dan penambahan terkini pada barisan kepimpinan kanan ini menyokong usaha pembangunan institusi berterusan yang menjadi fokus utama Khazanah. Dengan pengumuman ini, barisan pengurusan kanan Khazanah, yang diketuai oleh Pengarah Urusannya meningkatkan daripada 17 kepada 20 orang ahli, seperti berikut:

  • Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar, Pengarah Urusan

  • Dominic Silva, Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Bahagian Pelaburan

  • Ben Chan, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Dato’ Noorazman Abd Aziz, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Datuk Hisham Hamdan, Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Bahagian Strategi dan Penyelidikan Khazanah

  • Kenneth Shen, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Tengku Dato’ Sri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Shahazwan Harris, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Zaida Khalida Shaari, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Ahmad Farouk Mohammed, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Ahmad Zulqarnain Onn, Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Unit Pengurusan Strategik, Pejabat Pengarah Urusan

  • Omar Siddiq Bin Amin Noer Rashid, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Javier Santiso, Pengarah Eksekutif, Pelaburan

  • Mohd Izani Ghani, Pengarah Eksekutif, Kewangan dan Ketua Bahagian Kewangan

  • Jiv Sammanthan, Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Ketua, Pejabat Pengarah Urusan

  • Mohd Izani Ashari, Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Ketua Pejabat Projek Khas

  • Dato’ Charon Mokhzani, Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Pengarah Urusan, Khazanah Research Institute

  • Mohamed Nasri Sallehuddin, Pengarah Eksekutif dan Ketua, CSS

  • Rohayati Othman, Pengarah, Pejabat Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Risiko

  • Latifah Daud, Pengarah dan Ketua, SHCM

TAMAT

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Raslan Md Sharif di talian Tel: +603 2034 0000 atau e-mel [email protected].

Tentang Khazanah Nasional Berhad

Khazanah Nasional Berhad adalah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menguruskan aset-aset komersial milik Kerajaan dan melaksanakan pelaburan-pelaburan strategik. Khazanah terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah & pelancongan, hartanah kreatif & media, pendidikan dan inovasi & teknologi. Antara syarikat tersenarai utama di bawah portfolio pelaburan Khazanah adalah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Khazanah, sila lawati www.khazanah.com.my



Siaran Akhbar Lain
11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya  

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu...

Selanjutnya  

3 Januari 2024

Khazanah Nasional Berhad dan CGC Digital mengumumk...

Selanjutnya  

7 November 2023

Cabaran Impak Inovasi Khazanah 2023 umum 3 Pemenan...

Selanjutnya  

13 Oktober 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

10 Oktober 2023

Perkongsian 15 tahun Khazanah dan GTI memperkukuh ...

Selanjutnya  

5 Oktober 2023

CDP Group dan Khazanah Nasional Berhad tandatangan...

Selanjutnya  

12 September 2023

Khazanah dan Khazanah Research Institute, dengan k...

Selanjutnya  

27 Julai 2023

Khazanah Sedia Menyokong “Ekonomi MADANI: Memper...

Selanjutnya