Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

17 Mac 2023

Khazanah dan Sunway Education Group bekerjasama bangunkan bakat mahir teknologi untuk Malaysia, melalui kaedah peer-to-peer dan praktikal

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) menjalin usaha sama dengan Sunway Education Group (“SEG”) untuk menubuhkan 42 Malaysia (“42MY”), sebuah sekolah sains komputer peer-to-peer yang inovatif dengan tujuan untuk mempercepatkan pembangunan 10,000 bakat mahir teknologi dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Program 42 adalah sebahagian daripada gerakan global dengan rangkaian 47 kampus di 26 negara yang menawarkan peluang pendidikan yang unik secara percuma, dan membuka penyertaan mereka yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira latar belakang pendidikan dan sosioekonomi.

Model pendidikan program ini yang inovatif dan boleh diperkembangkan bertumpu kepada pendekatan pembelajaran berasaskan projek secara peer-to-peer dan praktikal yang menyerupai persekitaran kerja sebenar, memberikan para pelajar peluang untuk mempelajari pengekodan sambil bekerja dalam projek industri sebenar dengan rakan korporat 42MY yang mengambil bahagian.

Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir berkata, “Pelaburan ini selaras dengan komitmen kami dalam menyampaikan impak sosioekonomi kepada rakyat Malaysia melalui mandat Dana Impak kami, salah satu tonggak utama strategi Memajukan Malaysia. Khazanah komited untuk memainkan peranan penting, bersama-sama GLIC Malaysia yang lain, bagi membantu syarikat-syarikat pemula berpertumbuhan tinggi di Malaysia bagi mendorong inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara, selaras dengan aspirasi Belanjawan Malaysia Madani 2023.

“Ketersediaan bakat adalah penting bagi pembangunan berterusan semua industri. Untuk tujuan ini, 42MY akan terus memperkukuh ekosistem pemula dan teknologi domestik dengan memupuk dan membangunkan bakat Malaysia, melengkapkan agenda pembangunan ekonomi digital negara dan mengukuhkan keupayaan IR 4.0. Usaha sama dengan SEG adalah contoh pencapaian yang baik melalui kerjasama dan perkongsian, dan kami mengalu-alukan peluang kerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai visi yang sama ke arah pembangunan digital dan bakat mahir negara.”

Memandangkan industri digital sedang berkembang dengan cepat dan permintaan untuk bakat mahir telah meningkat, Khazanah percaya adalah penting untuk menjana saluran bakat yang mampan bagi menyumbang kepada Future Malaysia Programme yang telah dilancarkan baru-baru ini, di mana kami menyasarkan untuk menyokong syarikat pemula tempatan. dan ekosistem usaha sama korporat, yang merupakan sumber penting bagi bidang keusahawanan, pekerjaan, inovasi dan pelaburan untuk negara.

Khazanah juga berhasrat untuk melancarkan inisiatif lain dalam meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula tenaga kerja tempatan, melalui penggerakan sumber bakat yang kurang digunapakai misalnya melalui institut Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (“TVET”), dalam usaha mencapai matlamat negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Khususnya, inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan kemahiran berpermintaan tinggi yang memberi akses kepada pekerjaan berkualiti tinggi, yang membawa kepada kehidupan yang lebih baik dan merangsang industri berdaya saing yang memacu pertumbuhan ekonomi untuk Malaysia.

Pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey Cheah, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah berkata, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan usaha sama ini dengan Khazanah untuk mengembangkan 42 program di seluruh negara melalui kampus baharu di Johor, Pulau Pinang dan Kuching pada tahun-tahun akan datang, dengan potensi diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dengan pekembangan ini, kami dapat menyediakan pendidikan berkualiti kepada lebih ramai pelajar di seluruh negara, pada masa yang sama menemui dan memupuk lebih ramai bakat teknologi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di ASEAN.”

“Perkongsian dengan Khazanah dan 42 ini juga mengesahkan komitmen kami terhadap pembangunan negara dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Usaha kami didorong oleh keyakinan bahawa merealisasikan 17 SDG ini bukanlah tanggungjawab kerajaan sahaja. Membina masa depan yang mampan memerlukan komitmen semua elemen masyarakat, sektor awam, sektor swasta, ahli akademik, masyarakat sivil dan, sudah tentu, diri kita sendiri. Ini adalah usaha kita bersama.”

Yayasan Jeffrey Cheah memiliki dan mentadbir semua entiti di bawah SEG dan yang terbesar seumpamanya dalam memajukan pendidikan di Malaysia melalui model perusahaan sosial.

Pengarah Urusan 42, Sophie Viger berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Khazanah atas keyakinan yang diberikan, bukan sahaja pada 42, tetapi juga berkongsi visi kami dalam memperkasakan generasi peneraju bakat teknologi dan nilai yang menggalakkan kerjasama, keterangkuman, kebolehsuaian, kreativiti, empati, pemikiran kritis dan kemahiran komunikasi.”

Khazanah menyedari bahawa pengukuran impak kepada masyarakat atau penciptaan nilai masyarakat adalah penting dalam perjalanan pembinaan negara. Oleh itu, dana kekayaan berdaulat negara itu sedang membangunkan rangka kerja penilaian impak yang dipanggil Inisiatif SEMARAK (“SEMARAK”), yang menyatukan metodologi global tetapi disesuaikan untuk konteks Malaysia.

Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir menambah, “Ia adalah usaha berterusan yang kami rancang untuk diterapkan kepada seluruh inisiatif impak Khazanah, bermula dengan 42MY, di mana kami akan memantau metrik prestasi impak seperti bilangan graduan, kadar penempatan yang berjaya, skor kepuasan majikan. dan statistik demografi yang berkaitan dengan kumpulan pendapatan dan geografi, antara lain.”

Khazanah akan menjalankan semakan berkala dan memperhalusi pendekatannya untuk SEMARAK apabila ia digunakan bagi projek-projek Dana Impak dan Tanggungjawab

Korporatnya, dan mengalu-alukan organisasi lain untuk mengambil bahagian dalam pembangunan lanjut dan penggunaan rangka kerja tersebut.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
21 Mac 2023

Khazanah catat keuntungan lebih tinggi pada 2022 m...

Selanjutnya  

17 Mac 2023

Khazanah dan Sunway Education Group bekerjasama ba...

Selanjutnya  

16 Mac 2023

Khazanah lancar Future Malaysia Programme di bawah...

Selanjutnya  

25 Februari 2023

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

14 Disember 2022

Pengkarya seni muda terpilih ikuti residensi seni ...

Selanjutnya  

7 Oktober 2022

Kenyataan Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengara...

Selanjutnya  

24 Ogos 2022

Galeri Khazanah menyumbang kepada misi Memajukan M...

Selanjutnya  

6 Julai 2022

Pelaburan Khazanah di Türkiye Bukti Hubungan Dua ...

Selanjutnya  

10 Jun 2022

Khazanah lancar rangka kerja dan sasaran kemampana...

Selanjutnya  

5 Jun 2022

Khazanah sambut Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman...

Selanjutnya